Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kedah tetap ingin menang

View previous topic View next topic Go down

Kedah tetap ingin menang

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:09 am

Kedah tetap ingin menang (Kosmo)



Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


KEDAH (jersi hijau) tetap mahu memburu kemenangan meskipun peluang mereka untuk mara ke suku akhir agak sukar.




BIARPUN peluang Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim
ini sudah tertutup rapat, namun para pemain pasukan itu tetap bertekad
untuk melakar kemenangan ke atas Juara Liga Premier, Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang malam ini.

Namun, peluang skuad Kenari akan kembali terbuka sekiranya berlaku
keajaiban menerusi kejutan yang mungkin boleh dibuat Terengganu dengan
menewaskan Juara Liga Super, Kelantan.

Walau apa pun percaturan di atas kertas, anak-anak buah Marijo Tot
yang diketuai kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hanya mahu fokus dan
tekad meraih kemenangan ke atas skuad bimbingan B. Sathianathan yang
tewas kepada Kelantan 4-3 baru-baru ini.

Baddrol mengakui, sukar untuk menang besar ke atas pasukan kelab itu
yang dibarisi pemain berpengalaman dan sudah pasti mereka juga mahukan
kemenangan.

Namun katanya, pemain akan mempamerkan aksi terbaik pada pertemuan
terakhir ini, sekali gus mahu mencatat keme- nangan bermakna buat
pasukan di samping mengharapkan Kelantan tumpas kepada Terengganu.

"Pertemuan terakhir ini adalah sukar bagi pemain lebih-lebih lagi
Kedah perlu menang besar dan mengharapkan Kelantan kalah, namun kami
akan cuba yang terbaik," kata- nya.

Kedah ketika ini berada di tangga ketiga dengan lima mata, ketinggalan tiga mata di belakang Kelantan. The Red Warriors mengumpul lapan mata berbanding ATM yang menerajui Kumpulan B dengan 10 mata.

Baddrol juga berharap rakan-rakan sepasukannya khususnya rangkaian
serangan mampu menterjemahkan peluang dengan jaringan dan tidak berputus
asa untuk memecah benteng pasukan lawan.

"Apabila mendahului pasukan lawan pemain tidak usah berasa selesa,
sebaliknya jika ketinggalan pemain perlu terus berusaha memburu gol
sehingga wisel penamat," katanya.

"Apa pun, pemain perlu fokus dan komi- ted pada perlawanan ini tanpa
perlu memi- kirkan keputusan lalu, tewas kepada ATM di gelanggang
sendiri dan peluang ke suku akhir yang amat tipis," katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum