Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Malam penentuan

View previous topic View next topic Go down

Malam penentuan

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:05 am

Malam penentuan (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


JOHOR FC (jersi oren) masih berpeluang untuk merebut tempat ke suku akhir.




SAINGAN peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2012 sudah pun memasuki episod terakhir malam ini.

Justeru, beberapa pasukan dilihat berdepan misi ‘hidup dan mati’ bagi
menentukan pasukan mana yang berhak menyambar slot ke suku akhir.

Dalam aksi Kumpulan A, saingan tiga penjuru membabitkan Lions XII dan
pasukan ‘adik-beradik’, Johor serta Johor FC dilihat masih terbuka
dalam usaha mara ke peringkat seterusnya.

Malam ini, Lions XII yang dikendalikan V. Sundramoorthy bakal melayan
kunjungan Sang Lebah dan pertembungan dijangka sengit apabila kedua-dua
pasukan kini berkongsi lapan mata.

Hasrat Sang Jengking juga masih belum terkubur apabila mengutip lima
mata setakat ini, dan jika menang ke atas PKNS malam ini tidak mustahil
mereka mampu ke suku akhir dengan syarat Johor FC teruk ‘dikerjakan’
Sang Singa di Stadium Jalan Besar malam ini.

Untuk rekod, mana-mana pasukan daripada Kumpulan A yang mara ke suku
akhir nanti dijangka berdepan Selangor dan Pahang yang ketika ini selesa
menerajui Kumpulan D.

Dalam pada itu, saingan ‘kumpulan maut’ juga tidak kurang hebat
apabila juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan yang kini mengutip lapan
mata pastinya mahu membelasah Terengganu di Stadium Muhammed IV, Kota
Bharu untuk muncul juara Kumpulan B.

Sudah tentu anak-anak buah Bojan Hodak tidak mahu sekadar muncul naib
juara kumpulan lantaran juara bertahan, Negeri Sembilan yang dijangka
muncul juara Kumpulan C akan menanti mereka di suku akhir nanti.

Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan juara Liga Premier,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini selesa mengutip 10 mata
dijangka tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Kedah dalam satu lagi
aksi kumpulan malam ini.

Jika muncul juara kumpulan, ATM dijangka berdepan cabaran dua pasukan
berstatus kelab, Felda United dan Sime Darby yang ketika ini memiliki
peluang sama rata dalam Kumpulan C apabila berkongsi enam mata.

Dalam aksi Kumpulan C malam ini, Sang Rusa bakal melayan kunjungan
Felda United manakala Sime Darby berkunjung ke Ipoh berdepan Perak yang
begitupun sudah boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ dalam kempen kali
ini apabila sekadar menghuni tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata.

Bagi saingan Kumpulan D pula, juara 32 kali, Selangor dilihat
berpeluang cerah mara ke suku akhir apabila berkongsi 10 mata dengan
Pahang yang juga dijangka tidak berdepan masalah menewaskan T-Team dalam
satu lagi aksi kumpulan.

Begitupun, skuad kendalian Irfan Bakti masih belum boleh berasa
selesa memandangkan pasukan di tangga ketiga, Sarawak yang mengutip
tujuh mata mampu menafikan hasrat Selangor jika menang besar di Stadium
Shah Alam malam ini.

Aksi suku akhir yang akan diadakan secara timbal balik dijadualkan
berlangsung pada 28 September ini dan 5 Oktober depan, separuh akhir (8
dan 12 Oktober) manakala pentas final dijadualkan berlangsung di Stadium
Shah Alam, 20 Oktober depan.

Jadual itu begitupun akan dipinda sekiranya Kelantan berjaya mara ke
saingan separuh akhir Piala AFC 2012 dan jika The Red Warriors layak,
suku akhir kedua kempen akan diawalkan pada 1 Oktober manakala aksi
separuh akhir pula dipinda ke tarikh 5 dan 8 Oktober depan.

Justeru, pasukan mana yang mampu menjadi lapan pasukan terbaik dalam kempen kali ini, sama-sama kita saksikan malam ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum