Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Staf wanita lebih teliti servis spa kereta

View previous topic View next topic Go down

Staf wanita lebih teliti servis spa kereta

Post by Park Deen on Thu Sep 13, 2012 4:19 am

Staf wanita lebih teliti servis spa kereta (Kosmo)









HIMPUNAN kereta mewah jenama Porsche memenuhi ruang parkir Porsche
PDI Centre di Glenmarie Shah Alam, Selangor. Semuanya sedang menunggu
untuk menjalani proses pemeriksaan sebelum dihantar kepada pemiliknya.

Di bahagian dalam pusat itu, sebuah kereta sport Porsche Boxster
berwarna merah terang dan Porsche Cayennes rona putih sedang diperiksa
oleh beberapa pekerja wanita.

Salah seorang daripadanya ialah Marinael Diaz, gadis berusia 23 tahun
yang berasal dari Manila, Filipina. Riak wajahnya serius ketika
melakukan tugas-tugas akhir memeriksa bahagian dalaman jentera tersebut.

Setelah hampir enam bulan bekerja di pusat berkenaan, Marinael kini
semakin cekap dan mahir menjalankan tugas sebagai gadis pengilat kereta.


Walaupun pada awalnya dia langsung tiada sebarang kelulusan dalam
bidang itu, namun ia bukan penghalang untuknya menguasai kerja-kerja
yang diklasifikasikan sebagai tugas spa untuk kereta.

"Memang saya akui ketika mula-mula sampai di Malaysia, saya tiada
sebarang pengalaman dalam bidang pekerjaan. Ini merupakan kerja pertama
saya. Justeru, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh
majikan untuk menonjolkan potensi diri.



PORSCHE PDI Centre memberi
kepercayaan kepada staf wanita untuk melakukan tugas merapi kereta
kerana menyifatkan mereka lebih teliti dan kemas.



"Melalui kursus dan latihan yang disediakan, saya dapat belajar
cara-cara dan teknik yang betul untuk mencuci, mengilat atau melicinkan
kereta.

"Lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan kerjaya ini. Ia sesuatu yang
seronok dan mengujakan. Apatah lagi apabila dapat memeriksa kenderaan
mewah sebegini," ujar Marinael sambil tangan mulusnya tekun mengelap
cermin hadapan Porsche Boxster itu.

Tambah Marinael, setiap hari dia akan memeriksa, mengilat atau
melicinkan antara tiga hingga empat buah kereta Porsche. Tugas itu akan
dilakukan secara bersama dengan empat rakan sekerja.



TUGAS di spa kereta mewah meliputi pelbagai servis seperti mencuci, mengilat, merapi kerusi dan fogging.



Pilih staf wanita

Pengurus Besar Porsche PDI Centre, Md. Reza Ali berkata, pihaknya
mengambil inisiatif menggunakan kakitangan wanita bagi menjalankan
kerja-kerja kecantikan dalaman kereta.

"Ini kerana, bahagian dalaman sesebuah kenderaan mewah bersifat
sensitif. Tangan lelaki biasanya agak kasar berbanding wanita. Di
sinilah fungsi pekerja wanita dalam memastikan kecantikan dalaman
kenderaan yang dihantar terjaga rapi.



DENGAN kemahiran yang
dimiliki berdasarkan pengalaman dan kursus dihadiri, seseorang pengilat
kereta boleh membina kerjaya termasuk bergelar penyelia dengan gaji
pokok lebih RMM3,500.



"Setakat ini, Marinael dan seorang lagi kakitangan wanita menunjukkan
prestasi kerja yang sangat baik. Mereka amat teliti dalam setiap
perkara yang dilakukan. Malah, mereka tidak pernah jemu untuk
mempelajari perkara baharu," jelas Md. Reza sambil memberitahu mereka
menggunakan produk penjagaan kereta antarabangsa, Sonax yang merupakan
jenama terkemuka dari Jerman.

Menurut Md. Reza, syarikat Automail (M) Sdn. Bhd. yang mengendalikan
pusat tersebut merupakan pengedar tunggal produk Sonax di Malaysia.

"Sonax merupakan jenama produk penjagaan kereta nombor satu di
Eropah. Ia mempunyai lebih 150 variasi produk dan dipasarkan di lebih 94
buah negara di seluruh dunia.

"Lantaran itu, penggunaan produk ini memberi nilai tambah kepada
penjagaan kecantikan sesebuah kenderaan tidak kira sama ada ia kereta
mewah atau sederhana," ungkap beliau lagi.

Perkara itu diakui oleh pemilik Muz Garage Auto Detailing, Irwan A.
Rahman yang menggunakan produk tersebut dalam menawarkan perkhidmatan
penjagaan kereta profesional kepada khalayak.



SPA kenderaan milik Irwan (tengah) kini menjadi persinggahan pemilik kereta mewah untuk mencantikkan jentera mereka.



Modal RM80,000

Beroperasi sejak bulan Julai 2011, Muz Garage Auto Detailing boleh
dianggap antara pusat spa kecantikan kenderaan terbaik bagi mereka yang
mahu memastikan jentera masing-masing berada dalam keadaan bergaya.

Apa tidaknya, Muz Garage Auto Detailing hari ini bukan sahaja dikunjungi pelanggan kereta biasa, bahkan pemilik jentera mewah.

"Di sini, kami menyediakan penjagaan kenderaan lengkap luaran dan
dalaman seperti mencuci, menggilap dan melicinkan. Ini termasuklah baik
pulih lampu hadapan, perapi kerusi kulit kenderaan, fogging serta cucian
enjin," tegas Irwan, usahawan muda Melayu yang berkecimpung dalam
perniagaan spa kenderaan kerana minatnya terhadap dunia permotoran.



MD. REZA berbangga kerana Porsche PDI Centre mendapat kepercayaan ribuan pemilik Porsche untuk servis spa.



Menurut Irwan lagi, perancangan untuk membuka sebuah spa kenderaan
mewah sedemikian tercetus selepas berhenti kerja di Litar Antarabangsa
Sepang (SIC) sebagai pegawai media pada tahun 2010.

Tambahan pula, dia memang peminat setia dunia permotoran. Oleh itu,
selepas berhenti kerja, Irwan mengambil masa selama empat bulan untuk
membuat penyelidikan berkaitan bidang tersebut.

Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM80,000 hasil wang simpanan
yang dimiliki, akhirnya dia berjaya membuka Muz Garage Auto Detailing
secara rasmi pada bulan Julai tahun lalu. Bagaimanapun ungkapnya, tempoh
enam bulan pertama yang dilalui merupakan waktu eksperimental bagi
sesebuah perniagaan baharu.

"Pada awalnya, saya berdepan banyak cabaran untuk membangunkan
perniagaan ini terutama dalam aspek mendapatkan pelanggan. Maklumlah
kedai baharu beroperasi memang sukar untuk meraih kedatangan pelanggan.

"Tambahan pula tidak ramai anak Melayu yang terlibat dalam perniagaan
sebegini. Namun, ia bukan alasan untuk saya mengaku kalah. Rintangan
yang datang saya anggap sebagai proses mematangkan diri dalam jatuh
bangun dunia bisnes," jelas beliau lebih lanjut.



RUANG menunggu yang luas dan selesa disediakan di Muz Garage Auto Detailing untuk kemudahan pelanggan.



Ternyata kesusahan yang dilalui akhirnya membuahkan hasil yang boleh
dibanggakan. Jika dahulu hanya kereta kecil dan sederhana yang
mendapatkan servis di Muz Garage, kini situasi sudah jauh berubah.

Himpunan kereta mewah dan berprestij semakin banyak mengunjungi
premis tersebut. Jenama terkemuka seperti BMW, Mercedes, Audi, atau
Wolkswagen bersilih ganti menggunakan servis yang ditawarkan.

Untuk perkhidmatan spa kereta di Muz Garage Auto, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM200 hingga RM800.

"Alhamdulillah, ia satu perkembangan yang sangat memberangsangkan.
Insya-Allah, saya bercadang untuk melebarkan sayap perniagaan ini dengan
membuka beberapa cawangan Muz Garage di destinasi berbeza," kata Irwan
penuh harapan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum