Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozita belum ada calon suami

View previous topic View next topic Go down

Rozita belum ada calon suami

Post by Park Deen on Thu Sep 13, 2012 4:16 am

Rozita belum ada calon suami (Kosmo)



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


LELAKI yang sudah berkahwin merupakan antara ciri lelaki yang tidak disukai Rozita Che Wan.




SELAGI Rozita Che Wan tidak berkahwin, selagi itulah isu perkahwinan
sering sahaja membelenggu diri pelakon jelita yang mesra disapa Che Ta
ini.

Selepas digosipkan bercinta dengan Shahir AF8, Zain Saidin dan Beego,
terbaharu dia digosipkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang
ahli perniagaan bernama Bob.

Berikut jawapan yang diberikan Rozita kepada Kosmo!.

Kosmo!: Benarkah Che Ta bakal berkahwin dengan Bob?

ROZITA: Cerita itu tidak benar. Semuanya adalah fitnah. Mana ada saya hendak berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Macam mana gosip tersebut boleh timbul jika ia tidak benar?

Mungkin gosip itu timbul sebab saya masih tidak kahwin-kahwin lagi.

Adakah anda mengenali lelaki bernama Bob itu? Khabarnya juga anda sebaya dengan Bob?

Saya langsung tidak kenal dia. Saya juga tidak ada berkawan dengan ahli perniagaan bernama Bob.



Apakah perasaan anda bila timbulnya gosip ini?

Rasa sedih, kecewa dan kelakar pun ada. Saya takut juga jika lelaki
yang digosipkan itu sudah berkahwin. Tak pasal-pasal saya bergaduh pula
dengan isterinya.

Jadi bila anda akan berkahwin?

Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki
berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah.

Lelaki yang bagaimana anda mahukan?

Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras
kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Apa perkembangan terbaharu anda?

Sekarang saya sedang sibuk di lokasi drama Bila Papa Masuk U dan
bakal menjalani penggambaran di Jepun untuk telefilem Kiah Pekasam. Saya
juga bakal bercuti ke negara Eropah iaitu Paris dan London bersama Ayu
(Raudhah) selepas penggambaran Kiah Pekasam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum