Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Resident Evil bantu Bingbing

View previous topic View next topic Go down

Resident Evil bantu Bingbing

Post by Park Deen on Thu Sep 13, 2012 4:15 am

Resident Evil bantu Bingbing (Kosmo)









"SELAMAT datang, apa khabar, saya Li Bingbing," sapaan itu terpacul
dari bibir milik aktres kelahiran China, Li Bingbing ketika sesi
tayangan perdana filem Resident Evil: Retribution di Sunway Pyramid,
Selangor baru-baru ini.

Kemunculannya pada acara karpet merah majlis tersebut disambut
jeritan gembira lebih 200 peminatnya yang berkumpul di pintu masuk utama
pusat beli-belah itu, malah aktres berusia 39 tahun tersebut begitu
terkejut dengan sambutan yang diterima.

"Saya sangat terharu dengan sokongan anda semua yang sanggup datang
pada hari ini. Saya bimbang juga sebenarnya sebab tak yakin ada orang
mengenali saya di sini. Ini benar-benar mengejutkan dan sesungguhnya
saya berbesar hati dengan sambutan ini," luahnya dalam bahasa Kantonis
yang diterjemahkan oleh juru bahasa di sebelahnya.

Bingbing sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia untuk
mempromosikan filem lakonannya bersama Datuk Michelle Yeoh berjudul
Silver Hawk pada tahun 2003.

Katanya: "Kembali ke Malaysia ibarat kembali ke rumah saya sendiri."

Bagi seorang selebriti yang sudah berjaya menembusi pasaran
Hollywood, berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa
perantaraan universal adalah satu kemestian yang harus dikuasai.

Hal itu diakui sendiri oleh Bingbing. Namun dia juga mengakui
penguasaannya dalam bahasa Inggeris masih dalam peringkat amatur dan
sedang merangkak untuk memahirkan diri.

"Penting untuk seorang pelakon mahir bercakap bahasa Inggeris, selain
untuk mudah menghayati watak bahasa itu, ia juga penting untuk
berkomunikasi.

"Sejujurnya, filem terkini lakonan saya Resident Evil: Retribution banyak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya.

"Filem ini 'memaksa' saya sedar akan kepentingan bahasa tersebut,"
ujarnya yang pertama kali berlakon filem berbahasa Inggeris menerusi The
Forbidden Kingdom bersama Jet Li dan Jackie Chan pada tahun 2008 selain
Snow Flower dan Secret Fan (2011).

Dia tanpa berselindung mengakui, pada mulanya berasa sangat malu
untuk membuka mulut bercakap dalam bahasa Inggeris kerana dalam
fikirannya, jika tidak bercakap, dia tidak akan melakukan kesilapan di
hadapan orang ramai.

"Jadi saya berdiam diri dan menggunakan mata saja untuk memberikan isyarat.

"Tapi apabila sudah semakin rapat dan kru produksi juga sering
berjenaka, saya berani bersuara dan tiada siapa pun yang gelakkan saya.
Malah kata mereka, bahasa Inggeris saya sangat baik!" tambah Bingbing
yang diberi layanan baik sepanjang penggambaran.



BERGANDING dengan aktres Milla
Jovovich (kanan) dalam filem Resident Evil: Retribution, Li Bingbing
mengaku dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang penggambaran
berlangsung.




Permainan video

Bingbing menggalas peranan Ada Wong dalam filem francais kelima arahan Paul W.S. Anderson bersama aktres jelita, Milla Jovovich.

Watak Ada Wong merupakan sekutu Alice (Milla) yang berjuang
menghapuskan zombi akibat penularan virus-T oleh sebuah syarikat
Umbrella Corporation.

Menariknya, Bingbing tidak begitu mengenali karakter yang ditawarkan
kepadanya, melainkan karakter itu katanya amat popular di China menerusi
permainan video.

"Saya tahu Resident Evil merupakan siri permainan video terkenal dan
karakter Ada Wong disifatkan gadis paling seksi oleh penggemar permainan
video. Apabila saya dimahukan oleh Paul untuk melakonkan watak itu,
ramai pula yang memberikan respons positif untuk saya menerima tawaran
tersebut

"Ulang kaji saya adalah menonton kesemua filem Resident Evil sebelum
penggambaran di Kanada. Saya berlatih untuk memahami siapa Ada Wong dan
bagaimana percakapan serta bahasa tubuhnya," kata Bingbing tentang
karakter yang dibawanya.

Tambahnya, pengalaman melakonkan babak aksi menerusi produksi Amerika Syarikat dan China berbeza daripada banyak sudut.

"Banyak aspek teknikal dititik beratkan dalam produksi ini (Resident
Evil: Retribution). Contohnya, bagaimana mereka memotong dan
membahagikan babak, sudut pandangan kamera dan banyak lagi. Tapi di
China mereka lebih mementingkan kebolehan untuk berlawan berbanding
memotong satu persatu dan menjadikan pelakon handal berlawan,"
terangnya.

Pertama kali menyarungkan gaun merah terbelah di paha, kata Bingbing
dia menyangka pakaian itu hanya untuk dipakai di karpet merah. Namun
apabila dipakaikan sekali sarung pistol di pahanya, ia nampak sangat
berbeza; seksi dan misteri! Itu juga merupakan busana rasmi buatnya
dalam filem tersebut.

Aksi

Menjawab pertanyaan tentang kecenderungannya terhadap filem aksi, kata Bingbing dia sangat menggemari genre tersebut.

"Dalam filem ini ada babak yang menemukan saya dengan Milla pertama
kali di sebuah bilik dan apabila saya terbang di udara bersama gegelung
wayar, saya rasa sangat luar biasa! Saya rasa sangat teruja.

"Kemudian, saya diberikan babak menembak menggunakan pistol buat
pertama kali. Sememangnya harus saya akui perasaan itu benar-benar
berbeza," ceritanya yang sangat teruja menggunakan senjata api.

Beraksi bersama Milla yang disifatkannya sangat peramah dan
profesional, akui Bingbing, aktres tersebut banyak membantunya untuk
menjadi lebih yakin.

"Milla melayan saya dengan baik dan apabila penggambaran dilakukan di
kawasan sejuk, dia akan pastikan saya disediakan jaket sejuk sebelum
diberikan kepadanya," katanya tentang kebaikan aktres tersebut.

Filem ini banyak menjalani penggambaran di Kanada dan perjalanan ke
sana dari Beijing mengambil masa lebih 13 jam. Kata Bingbing, berpisah
jauh daripada keluarga merupakan bahagian paling sukar sepanjang
penggambaran filem itu.

"Saya sangat merindukan keluarga dan bersendirian di tempat asing benar-benar menyukarkan," getusnya.

Resident Evil: Retribution merupakan kesinambungan impak merebaknya
virus-T yang dihasilkan oleh Umbrella Corporation dan telah mengubah
populasi manusia menjadi zombi pemakan daging yang mengerikan.

Penonton pasti teruja melihat debaran aksi mengejar dalam usaha Alice
(Milla Jovovich) dan sekutu-sekutunya menyelamatkan diri berlatar
belakangkan New York, Washington, Moscow dan Tokyo.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum