Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Saya mahu caj semula bateri'

View previous topic View next topic Go down

'Saya mahu caj semula bateri'

Post by Park Deen on Thu Sep 13, 2012 3:58 am

'Saya mahu caj semula bateri' (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
PENGENDALI T-Team, Yunus Alif mula membayangkan hasrat untuk berehat
buat sementara waktu biarpun kata putus mengenai nasib skuad
bimbingannya musim depan masih belum ditentukan.

“Saya sudah bergelumang dengan dunia kejurulatihan hampir 20 tahun
dan sepanjang tempoh itu, pelbagai ca- baran telah dilalui. Buat masa
ini, saya hanya ikut kon- trak saya (bersama T-Team).

“Soal bubar (T-Team) atau tidak, saya tak tahu. Bagaimanapun, saya
berpuas hati sepanjang membimbing T-Team,” kata Yunus semalam.



Yunus memberitahu, beliau sudah banyak mengharungi pengalaman suka duka apabila bergelar sebagai pemain dan jurulatih.

“Jadi, mungkin selepas ini, saya akan ‘caj semula bateri’ saya. Maklumlah, tekanan berlipat kali ganda,” katanya.

Yunus, 54, mula membimbing T-Team selepas mengambil alih pasukan
berstatus kelab itu daripada Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor pada
penghujung tahun 2010.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong T-Team merayu agar pasukan tersebut tidak dibubarkan.

Naib Presiden kelab itu, Amir Amri Mohamad berkata, T-Team harus
diberi peluang kerana mempunyai rekod baik pada awal penubuhannya
sekitar tahun 2007.

“Mengikut rekod, pada tahun itu (2007), T-Team ber- ada di tangga
kelima Liga FAM sebelum muncul juara liga berkenaan setahun kemudian.
T-Team kemudiannya layak ke Liga Perdana, sekali gus muncul naib juara,”
katanya.

Pada 2010, T-Team melangkah ke Liga Super dan ber- jaya menempatkan diri dalam liga elit itu sehingga musim ini.

“Jadi, kami merayu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said)
supaya jangan bubarkan T-Team. Bagai- manapun, kalau itu keputusan
beliau, kami tetap akur,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum