Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jadual Harimau Muda padat

View previous topic View next topic Go down

Jadual Harimau Muda padat

Post by Park Deen on Wed Sep 12, 2012 2:29 pm

Jadual Harimau Muda padat (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


JADUAL skuad Harimau Muda sangat padat sehingga hujung tahun ini.




JADUAL skuad Harimau Muda di saat ini cukup padat. Bermula minggu
ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan 'terbang' ke luar negara pada
setiap hujung minggu. Bukan untuk 'melawat kawasan', sebaliknya mereka
akan menyambung semula perjuangan yang belum selesai dalam saingan Liga
Singapura (Liga S) 2012.

Sabtu ini, Harimau Muda bakal melayan kunjungan pasukan di tangga
kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura, kurang seminggu
selepas mendakap trofi Piala SCTV sebaik menewaskan skuad Bawah 22 Tahun
(B-22) Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Ahad lalu.

"Jadual kami kembali padat apabila terpaksa 'terbang' ke sana ke mari
setiap hujung minggu, jadi saya harap pemain dapat mengekalkan prestasi
masing-masing serta bebas daripada kecederaan," kata Kim Swee kepada Kosmo! kelmarin.

Untuk rekod, Harimau Muda kini berada di tangga keempat Liga S dengan 32 mata selepas 17 perlawanan.

Jika meraih tiga mata berharga Sabtu ini, tidak mustahil misi untuk
sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tangga kelima Liga S musim ini
terlaksana.

Selepas menentang Home United, Harimau Muda akan berkunjung ke
Stadium Woodlands berdepan Woodlands Wellington pada 22 September depan
sebelum melayan kunjungan Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak
United (30 September) di Stadium Yishun.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Harimau Muda akan membuat
perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum
melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.

Kesibukan jadual skuad muda negara juga tidak terhenti di situ
apabila dijangka menyertai kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam
yang dijadualkan berlangsung awal Oktober depan.

Dalam pada itu, Kim Swee juga masih belum dapat memberikan keputusan
sama ada akan menyertai Liga S musim depan ataupun tidak biarpun beliau
sebelum ini lebih cenderung membawa skuad kendaliannya 'berguru' di
Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA
2013 di Myanmar.

"Masih belum ada kata putus (sertai Liga S musim depan atau tidak),
ia masih di peringkat perbincangan jadi saya tidak boleh mengulas
lanjut," jelas Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum