Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kejatuhan Terengganu 'terserlah' di bawah Butler

View previous topic View next topic Go down

Kejatuhan Terengganu 'terserlah' di bawah Butler

Post by Park Deen on Wed Sep 12, 2012 1:49 pm

Kejatuhan Terengganu 'terserlah' di bawah Butler (Kosmo)








JURULATIH Terengganu, Peter Butler bukannya hebat sangat.

Sebaik diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT) untuk mengendalikan skuad Liga Super Terengganu, macam-macam
hal yang berlaku dalam skuad Pantai Timur itu yang sebelum ini dianggap
antara gergasi bola sepak negara.

Tidak banyak perubahan yang dilakukannya dengan skuad Terengganu kecuali menghadirkan 'huru-hara' dalam skuad tersebut.

Terengganu sebelum ini dikenali antara pasukan yang memiliki disiplin yang tinggi dalam saingan bola sepak tempatan.

Namun, kehadiran Butler telah mengundang parah dengan skuad tersebut.

Paling mengecewakan ialah, dia (Butler) gagal membawa Terengganu melangkah ke pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia.

Sebab itu saya katakan Butler bukan jurulatih yang hebat.

Sebelum ini, dia pernah membimbing Kelantan, tetapi kontraknya ditamatkan lebih awal oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Tahun ini, Kafa sekali lagi memberi peluang kepada Butler untuk
membuktikan kehebatannya, tetapi pada separuh jalan, Butler
disingkirkan.

Walaupun Kafa tidak menjelaskan secara terus-terang kenapa mereka
menamatkan kontrak Butler, tetapi yang pasti ialah kredibilitinya.

'Mat Salleh' ni bukan semuanya hebat. Mungkin sikap kita yang
kadang-kadang terlalu menghormati mereka sehingga memberi kepercayaan
seratus peratus, pada hal ramai lagi jurulatih tempatan yang lebih
berwibawa.

Kelantan naik pun bukan disebabkan Butler. Kemuncak kebangkitan
Kelantan ialah ketika mereka dibimbing oleh B. Sathianathan yang kini
mengendalikan skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selepas Kafa menamatkan kontrak Butler, PBSNT pula berminat mendapatkan khidmatnya.

Saya juga tertanya-tanya sebelum ini kenapa Terengganu memilih jurulatih yang tidak menunjukkan sebarang kejayaan.

Dia sudah terbukti gagal ketika membimbing Kelantan, tetapi Terengganu pula memberi kepercayaan kepadanya.

Andai Terengganu tidak memiliki barisan pemain yang komited, saya
yakin kedudukan Terengganu dalam kedudukan Liga Super akan terjejas
teruk.

Dalam saingan Piala Malaysia, corak permainan Terengganu yang diterapkan oleh Butler tidak begitu menyengat.

Kadang-kadang rentak mereka membosankan berbanding ketika dipimpin oleh Irfan Bakti tahun lalu.

Saya tidak hairan kenapa Terengganu gagal melakukan yang terbaik
dalam saingan Piala Malaysia musim ini kerana pemainnya mungkin bosan
dengan corak latihan Butler.

Pemain pula mungkin tidak berani bersuara kerana padah akan menimpa mereka.

Sepanjang Butler mengendalikan skuad dari Pantai Timur itu, Terengganu mengalami segala bentuk 'gelora'.

Pemain disingkir walaupun keluar membeli ubat akibat demam, disiasat atas dakwaan menjual perlawanan dan sebagainya.

Kenapa pula dakwaan seperti ini timbul selepas Terengganu tenggelam dalam saingan Piala Malaysia.

Kenapa ketika berada di puncak tiada pula dakwaan seperti itu ditimbulkan?

Adakah dakwaan itu mahu menutup kelemahan sistem kejurulatihan yang diterapkan oleh Butler atau sebaliknya.

Apa pun, saya harap PBSNT lebih bijak memilih jurulatih selepas ini agar bola sepak Terengganu terus menikmati kejayaan.

Apa yang sedang melanda skuad yang mendapat jolokan Penyu itu
sekarang, diharap tidak akan menjejaskan reputasi mereka sebagai antara
pasukan gergasi di negara ini
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum