Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

SPRM terus siasat skuad Penyu

View previous topic View next topic Go down

SPRM terus siasat skuad Penyu

Post by Park Deen on Mon Sep 10, 2012 4:40 am

SPRM terus siasat skuad Penyu (Kosmo)



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


SHARBINEE antara pemain Terengganu yang sudah memberi keterangan kepada SPRM.



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa
orang lagi pemain Terengganu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan
berhubung dakwaan menjual perlawanan.

Sebelum ini, lapan individu telah diambil keterangan termasuk
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat
Jusoh dan penjaga gol utamanya, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Selain itu, jurulatih pasukan, Peter Butler turut memberi keterangan
berhubung isu berkenaan yang membabitkan perlawanan Piala Malaysia
antara Terengganu dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu, 1 September lalu.

Pengarah SPRM negeri, Md. Yusoff Md. Zain berkata, pada 4 dan 5
September lalu, selain tiga individu itu, dua lagi pemain dan selebihnya
pihak pengurusan telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini, saya tidak boleh memberi ulasan lanjut mengenai
perkara ini kerana ia masih dalam proses siasatan. Bagaimanapun
sekiranya perlu, kita akan panggil semula mereka dan beberapa pemain
lain untuk membantu siasatan.

“Kita jalankan siasatan bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk
mencari kebenaran, siasatan sentiasa berjalan dan diteruskan,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Imigresen
Negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu semalam.

Jelasnya, kertas siasatan masih dibuka tetapi belum ada sebarang
perkembangan mengenainya namun proses siasatan tetap diteruskan.

Kem Terengganu mula diselubungi isu berkenaan apabila dua pemain
tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan mempunyai masalah
disiplin dan disingkir Butler daripada pasukan itu.

Belum reda dengan isu itu, sekali lagi kem Terengganu goyah dengan
dakwaan menjual perlawanan akibat tindakan Sharbinee yang dikatakan
melepaskan gol mudah dan menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan
Kedah.

Kes kemudiannya disiasat SPRM dan PBSNT menubuhkan pasukan siasatan
khas bagi menyelesaikan masalah itu sebelum musim baru bermula selepas
pasukan itu terlepas peluang untuk mara ke pusingan seterusnya dalam
saingan Piala Malaysia musim ini
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum