Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda robek ego Indonesia

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda robek ego Indonesia

Post by Park Deen on Mon Sep 10, 2012 4:09 am

Harimau Muda robek ego Indonesia (Kosmo)





REUBEN (kanan) menjaringkan gol
kemenangan Harimau Muda pada aksi menentang skuad B-22 Indonesia pada
Piala SCTV di Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.




EGO Sang Garuda berterusan ‘dirobek’ Harimau Muda. Malam tadi, dendam
skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia terhadap Harimau Muda masih belum
terlunas apabila tewas tipis 0-1 dalam aksi Piala SCTV di Stadium
Gelora Bung Karno, Jakarta.

Lebih menyedihkan, skuad kendalian Aji Santoso itu juga dicemuh lebih
5,000 penyokong sendiri - jumlah yang jauh lebih sedikit berbanding
100,000 penyokong Garuda yang memenuhi stadium yang sama ketika kempunan
merampas pingat emas temasya Sukan SEA daripada skuad muda negara tahun
lalu.

Pada perlawanan malam tadi, tonggak pertahanan negara, K. Reuben
muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi rembatan
deras daripada luar kotak penalti melepasi jangkauan penjaga gol
Indonesia, Aji Saka dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Terdahulu, kesilapan mudah penjaga gol Harimau Muda, Ahmad Izham
Tarmizi Roslan yang beberapa kali dilihat gagal mengawal kemas bola pada
pertengahan babak pertama gagal dimanfaatkan rangkaian penyerang tuan
rumah yang diterajui kapten, Fasta Biqul dan Hendra Bajaw.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda sepatutnya selesa mendahului 3-0
namun dua gol ledakan Ahmad Hazwan Bakri dan Ferris Danial pada minit
ke-48 dan 56 dibatalkan pengadil, Faulur Rosi kerana ofsaid.

Peluang terbaik Indonesia menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-58
namun percubaan Hendra yang hanya berdepan Ahmad Izham dilihat jauh
tersasar.

Ia merupakan aksi tunggal skuad kendalian Ong Kim Swee dalam
kejohanan jemputan itu dan satu lagi aksi membabitkan pertembungan skuad
senior Indonesia dan Korea Utara bakal berlangsung di stadium yang sama
malam ini.

Selepas ini, skuad Harimau Muda akan kembali menyambung perjuangan
dalam saingan Liga Singapura (Liga S) dan bakal berdepan pasukan di
tangga kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura Sabtu ini.

Mereka kini di tangga keempat Liga S dengan 32 mata selepas 17
perlawanan, tujuh mata di belakang pendahulu liga, Tampines Rovers yang
begitupun beraksi lebih satu perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum