Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Medan timba pengalaman berharga

View previous topic View next topic Go down

Medan timba pengalaman berharga

Post by Park Deen on Sun Sep 09, 2012 10:48 am

Medan timba pengalaman berharga (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


DUTA Besar Malaysia ke Indonesia,
Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan memberi kata-kata semangat
kepada skuad Harimau Muda di Menteng, Jakarta semalam.




PENGALAMAN beraksi di gelanggang keramat - Gelora Bung Karno di
Jakarta, Indonesia malam ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh Harimau
Muda ketika berdepan skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, pengalaman anak-anak
buahnya beraksi di hadapan ribuan penyokong fanatik Indonesia nanti
mampu menjadi 'bekalan' terbaik buat mereka sebelum beraksi pada Sukan
SEA di Myanmar tahun depan.

Menurut Kim Swee, cabaran yang bakal di hadapi Harimau Muda di bumi
Myanmar nanti lebih getir jika hendak dibandingkan dengan aksi di Gelora
Bung Karno.

Justeru, Kim Swee berharap barisan pemainnya dapat mengambil peluang
dengan sebaik mungkin ketika beraksi di hadapan ribuan penyokong
Indonesia malam ini.

"Saya mahu mereka (para pemain Harimau Muda) menyesuaikan diri dengan suasana bingit apabila beraksi di Gelora Bung Karno.

"Sekiranya barisan pemain saya tidak boleh mengawal tekanan di Gelora
Bung Karno, sudah pasti mereka akan menghadapi masalah lebih besar di
Myanmar nanti.

"Saya menjangkakan situasi yang lebih teruk bakal berlaku apabila
kami beraksi pada Sukan SEA tahun depan di Myanmar," jelas Kim Swee
ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.

Kim Swee berkata, anak- anak buahnya harus bersedia dari segi mental
dan fizikal lebih awal sekiranya berhajat mempertahankan pingat emas
pada Sukan SEA 2013.

"Selaku juara bertahan (pemenang pingat emas Sukan SEA), saya yakin para pemain akan saya akan diuji dengan pelbagai provokasi.

"Jadi jika mereka gagal melepasi tekanan di Gelora Bung Karno, maka
mungkin ia memberikan kesan kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan
pingat emas Sukan SEA di Myanmar.

"Saya berharap mereka dapat memanfaatkan peluang yang ada sebelum
membawa 'bekalan' pengalaman terbaik ke Myanmar tahun depan," katanya.

Kim Swee menambah, pertemuan menentang skuad B-22 Indonesia dalam
kejohanan jemputan - Piala SCTV - malam ini dianggap medan terbaik
buatnya bagi menilai prestasi barisan pemain baharu Harimau Muda.

"Saya tidak kisah sama ada kalah atau menang dalam perlawanan tersebut nanti.

"Saya hanya mahu melihat beberapa pemain baharu dapat memberikan aksi terbaik mereka.

"Pada masa yang sama, saya mahu mengenal pasti pemain-pemain yang dapat diketengahkan ke peringkat lebih kompetitif," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum