Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sang Jengking mula menyengat

View previous topic View next topic Go down

Sang Jengking mula menyengat

Post by Park Deen on Thu Sep 06, 2012 4:26 am

Sang Jengking mula menyengat (Kosmo)



Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
KETIKA ramai menganggap peluang Johor untuk mara ke pusingan suku
akhir Piala Malaysia musim ini semakin tipis, skuad kendalian K.
Sukumaran membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil selagi saingan
belum berakhir.

Kelmarin, skuad Jengking itu mengutip tiga mata berharga apabila
menewaskan Johor FC 3-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Larkin.

Kemenangan itu menyaksikan persaingan dalam Kumpulan A yang
melibatkan Lions XII, Johor FC, Johor dan Selangor PKNS kembali terbuka.

Dengan hanya berbaki satu perlawanan bagi peringkat kumpulan, Lions
XII dan Johor FC berada di tangga kedua teratas apabila berkongsi lapan
mata.

Johor dan PKNS pula berada di tangga ketiga dan keempat biarpun kedua-dua pasukan itu berkongsi lima mata.

Pengurus pasukan Johor, Fandi Ahmad berkata, meskipun diletakkan
sebagai pasukan bukan pilihan pada awal saingan, namun semangat juang
barisan pemainnya telah meletakkan mereka sebagai salah satu pasukan
yang harus diberi perhatian.

“Syukur kerana kami masih berada dalam saingan untuk ke suku akhir.
Saingan sudah kembali terbuka dan kini, kami hanya perlu menang ke atas
PKNS dan berharap, Johor FC mahupun Lions XII menang pada pertemuan
terakhir mereka nanti,” kata Fandi kelmarin.

Mengulas kemenangan ke atas Johor FC kelmarin, Fandi yang juga bekas
pemain kebangsaan Singapura berkata, anak-anak buahnya telah menunjukkan
prestasi terbaik meskipun sering melakukan kesilapan pada penghujung
perlawanan.

Fandi turut memuji kehebatan pemain muda, Muhd. Haidin Azman yang
meledak dua gol, termasuk ketika menggelecek tiga pemain pasukan lawan
melalui gerakan solo sebelum merembat masuk gol kedua Johor pada minit
ke-38.

“Haidin yang menjadi wira Johor malam ini (kelmarin) merupakan
bintang dalam pembikinan. Dia masih muda tetapi telah menunjukkan
potensi besar. Saya yakin dia mampu menjadi permata Johor yang baharu
dalam masa terdekat,” kata- nya.

Sementara itu, pengurus Johor FC, Wan Mohd. Nizam Wan Omar masih meletakkan keyakinan tinggi untuk mara ke suku akhir.

Walaupun kecewa dengan persembahan Johor FC kelmarin, namun beliau
tetap percaya skuad Lebah mampu melayakkan diri ke pusingan kalah mati
dengan menewaskan Lions XII pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Pada babak pertama, pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar dan
walaupun bangkit pada lewat permainan, namun sudah terlewat untuk kami
mengutip mata.

“Peluang tetap ada asalkan pemain tidak mengulangi kesilapan sama apabila menentang Lions XII nanti,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum