Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

PBSNT tubuh jawatankuasa khas

View previous topic View next topic Go down

PBSNT tubuh jawatankuasa khas

Post by Park Deen on Thu Sep 06, 2012 4:25 am

PBSNT tubuh jawatankuasa khas (Kosmo)



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat kemelut yang melanda skuad Penyu
sejak akhir-akhir ini.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, jawatankuasa itu dibarisi semua anggota majlis PBSNT yang diketuai beliau sendiri.

Sebagai ‘pembuka bicara’, jawatankuasa itu telah bersidang selama
kira-kira tiga jam di pejabat PBSNT di Kuala Terengganu semalam.

Empat individu telah dipanggil secara berasingan, bermula dengan
ketua jurulatih Terengganu, Peter James Butler, diikuti tiga pemain -
Muslim Ahmad, Mohd. Ismail Faruqi dan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Dalam perbincangan itu, jawatankuasa tersebut telah mengumpul
maklumat daripada kesemua empat individu terbabit, namun belum ada
sebarang keputusan diputuskan.

Jawatankuasa itu turut meminta keempat-empat individu terbabit supaya
tidak memperbesarkan lagi isu-isu yang timbul sebelum ini bagi
memastikan segala kemelut yang timbul dapat diselesaikan dalam masa
terdekat.

Menurut Che Mat, keputusan akhir mengenai perbincangan itu hanya akan
diputuskan dalam satu lagi mesyuarat penuh yang akan diadakan pada 17
September ini sele- pas saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia
berakhir.

“Semua keputusan akan dibuat dalam mesyuarat akan datang dan kita yakin boleh selesaikan masalah ini.

“Segala kemelut itu akan cuba diselesaikan selepas jawatankuasa yang
ditubuhkan ini menganalisis semua maklu- mat yang diterima untuk
mengetahui kebenarannya.

“Dalam hal ini, kami tidak tuduh siapa-siapa dan kita akan cuba
selesaikan perkara itu untuk meredakan suasana,” kata Che Mat ketika
ditemui pemberita di pejabat PBSNT semalam.

Kontroversi mengenai skuad Penyu mula timbul apabila jurulatih Butler
mendakwa Ismail dan Muslim tidak berdisiplin kerana pulang kira-kira
pukul 3 pagi iaitu beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul
Aman pada 28 Ogos lalu.

Kedua-dua pemain itu turut didakwa membawa balik perempuan ke bilik penginapan mereka.

Belum reda kontroversi tersebut, kem Terengganu sekali lagi kecoh
dengan isu ‘menjual perlawanan’ apabila Sharbinee pula didakwa
melepaskan gol mudah ketika Terengganu menerima kunjungan Kedah di
Stadium Ismail Nasirud- din Shah, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Ekoran insiden itu, Sharbinee dikatakan menjadi punca kegagagalan
Terengganu mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan
skuad Kenari.

Kes berkenaan kemudiannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang telah memanggil Che Mat, Sharbinee, Butler dan
bebe- rapa pegawai pengurusan PBSNT.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum