Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Butler masih belum patah semangat

View previous topic View next topic Go down

Butler masih belum patah semangat

Post by Park Deen on Thu Sep 06, 2012 4:23 am

Butler masih belum patah semangat (Kosmo)





BUTLER yakin mampu membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.




WALAUPUN berdepan dengan pelbagai kontroversi, ketua jurulatih
Terengganu, Peter James Butler masih berharap dapat bersama skuad Penyu
itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malah, jurulatih kelahiran England itu mengakui, beliau tidak
sesekali patah semangat walaupun skuad kendaliannya sudah boleh
mengucapkan selamat tinggal pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Malam kelmarin, Terengganu tewas 0-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus
menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan mengutip
empat mata.

"Saya kecewa dengan masalah-masalah yang berlaku dan sepanjang
kerjaya saya, saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini," kata
Butler ketika ditemui pemberita kelmarin.

Bagaimanapun Butler berkata, beliau amat berterima kasih kepada
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sentiasa memberi
sokongan.

Jelas Butler, jika terus diberi kepercayaan membimbing Terengganu
musim depan, beliau yakin dapat membina sebuah pasukan yang kembali
disegani di pentas Liga M.

"Saya yakin mampu meletakkan Terengganu menjadi pasukan yang digeruni
dan pemain yang menyarung jersi pasukan pasti bangga memakainya,"
jelasnya.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris mendesak
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membayar tunggakan
gajinya bermula Jun hingga penghujung tahun ini.

Difahamkan, Mat Zan yang disingkirkan pada April lalu telah
melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di
bawah Kementerian Sumber Manusia.

Mat Zan berkata, jabatan itu akan menjadi 'orang tengah' antara
beliau dan persatuan tersebut untuk berbincang mengenai tuntutannya.

"Saya rasa saya layak mendapatkan pampasan tersebut sebab kontrak
saya dengan pasukan Terengganu sepatutnya berakhir pada November tahun
depan," katanya.

Mat Zan disingkirkan dari- pada membimbing Terengganu April ekoran prestasi kurang memberangsangkan sku- ad kendaliannya.

Ekoran rasa tidak puas hati selepas diminta untuk meletakkan jawatan,
Mat Zan meminta PBSNT supaya memberikan pampasan dalam bentuk bayaran
gaji sehingga penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, PBSNT hanya bersetuju untuk memberikan pampasan dua bulan gaji.

"Saya nak selesaikan masalah ini sebelum berfikir untuk menjadi
jurulatih pasukan lain dan saya harap PBSNT bersetuju dengan permintaan
saya ini," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum