Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jang dipuji kekal rekod bersih

View previous topic View next topic Go down

Jang dipuji kekal rekod bersih

Post by Park Deen on Thu Sep 06, 2012 4:22 am

Jang dipuji kekal rekod bersih (Kosmo)



Oleh SYED AHMAD
ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my
JURULATIH Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah memuji aksi
anak- anak buahnya apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam
aksi Kumpulan C Piala Malaysia selepas seri 1-1 dengan Sime Darby malam
kelmarin.

Azraai berkata, walaupun bermain di bawah tahap sebenar, namun beliau
berpuas hati kerana Negeri Sembilan berjaya membawa pulang satu mata,
sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu,
Sime Darby bermula garang apabila penyerangnya, Patrick Ronaldinho Wleh
meletakkan tuan rumah di depan pada babak pertama.

Bagaimanapun, skuad Hoben Jang Hoben berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Mohd. Alif Shamsudin.

Dengan keputusan tersebut, Negeri Sembilan kekal menduduki tangga
teratas Kumpulan C dengan sembilan mata diikuti rapat Felda United dan
Sime Darby yang berkongsi enam mata.

Menurut Azraai, keadaan padang yang becak ekoran hujan lebat beberapa
jam sebelum perlawanan menyebabkan anak- anak buahnya sukar mempamerkan
aksi yang sepatutnya.

"Bermain di gelanggang lawan memang sukar ditambah lagi keadaan padang yang becak.

"Bagaimanapun, saya ber- syukur kerana kita dapat membawa pulang satu mata berharga dalam perlawanan seperti ini," jelasnya.

Azraai berkata, beliau mahu anak-anak buahnya mengekalkan tahap
persembahan untuk melangkah ke saingan suku akhir, sekali gus
mempertahankan Piala Malaysia.

"Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti, kita mesti fokus
dan berusaha bermati-matian untuk meraih tiga mata bagi melayakkan diri
ke peringkat seterusnya.

"Walaupun kita semakin hampir ke peringkat kalah mati tetapi saya
tidak mahu para pemain berasa selesa dan kita mesti berusaha lebih keras
lagi," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum