Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tak kisah berlakon sama sampai mati

View previous topic View next topic Go down

Tak kisah berlakon sama sampai mati

Post by Park Deen on Wed Sep 05, 2012 10:12 am

Tak kisah berlakon sama sampai mati (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


ALONG dan Angah dalam filem Jidin.




PELAKON, pelawak dan pengacara, Along Cham, 29, kini semakin laris
selepas gandingan buat pertama kalinya dengan Angah Raja Lawak menjadi
dalam filem Alamak Toyol! terbitan Metrowealth Movies Production
(Metrowealth) pada tahun lepas.

Jika sebelum ini Along hanya menerima tawaran berlakon sebagai
pelakon tambahan, tetapi kini namanya sering menjadi watak utama dalam
filem dan digandingkan dengan Angah.

Diam tak diam, lebih lima filem menggandingkan mereka berdua. Selain
Alamak Toyol! filem lain termasuklah Satu Hari Kubur Berasap, Jidin
Sengal dan Adnan Sempit 2.

Filem terbaharu gandingan Along dan Angah berjudul Taikun pula bakal ditayangkan pada 4 Oktober ini.

Bagi Along, perkara itu tidak menjadi masalah baginya walaupun sering
digandingkan dengan sahabat baiknya itu. Dia juga tidak kisah menerima
tawaran berlakon bersama kerana itu adalah rezeki baginya.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad meluahkan tentang
keakrabannya bersama Angah semasa ditemui Kosmo! pada sebuah majlis
anjuran Metrowealth di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Sudah banyak filem menggandingkan Along dengan Angah, tidak kisah akan menjadi buah mulut orang pula nanti?

ALONG: Saya tidak kisah apa orang nak kata, asalkan watak yang dibawa
bersama Angah ketika berlakon sebelum ini sentiasa ada kelainan. Kami
bukan berlakon watak sama, setiap filem mesti ada kelainan yang kami
buat.

Sampai bila agaknya anda akan berlakon dengan Angah?

Sampai mati pun saya tidak kisah berlakon dengan Angah kerana kami
ada keserasian. Kami sudah kenal hampir 13 tahun. Semasa berlakon dengan
dia, saya dapat tahu mana kelemahan dan dia sentiasa beri tunjuk ajar,
begitu juga sebaliknya. Ketika berlakon dalam Taikun, ada adegan
bertumbuk dan dia tumbuk saya betul-betul, tapi saya tidak simpan dalam
hati. Kami juga sentiasa bercerita kelemahan dan kelebihan
masing-masing untuk mantapkan lakonan.

Apa yang membuatkan anda serasi dengan Angah?

Mungkin kerana prinsip kami sama untuk mencari kelainan dalam watak
walaupun sering digandingkan bersama. Saya berterima kasih kepada
pengarah Ismail Bob Hasim kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk
memegang watak utama.

Sekarang ini anda sering menerima watak utama berbanding watak
tambahan sahaja sebelum ini, adakah itu impak kerana anda sering
bergandingan dengan Angah?

Saya anggap itu rezeki. Mula-mula rezeki saya apabila berkahwin,
selepas itu rezeki anak pula, mungkin sekarang rezeki saya dengan Angah.
Saya bersyukur kerana ramai sudah nampak potensi kami. Sekarang saya
tidak menyimpang daripada menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin
apabila rezeki mencurah-curah.

Apakah filem lain lakonan anda dan Angah selain Taikun yang bakal ditayangkan nanti?

Filem yang masih belum dapat tarikh wajib tayang adalah Wawa Sempit dan Bro Nampak Motor Gua terbitan Metrowealth.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum