Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Karier lakonan terus bersinar

View previous topic View next topic Go down

Karier lakonan terus bersinar

Post by Park Deen on Wed Sep 05, 2012 10:09 am

Karier lakonan terus bersinar (Kosmo)





EMPAT pelakon pelapis dunia lakonan
tanah air (dari kiri), Adam Shah, Izreen Azminda, Syazwan Zulkifly dan
Talha Amir Harith bersyukur kerana diberi peluang membintangi drama
Juvana.




WALAUPUN sudah hampir setahun lebih berlalu, tidak dinafikan, bahang
Juvana masih lagi dirasai oleh peminat atau penonton drama bersiri yang
disiarkan menerusi TV3 tidak lama dahulu itu.

Buktinya, sehingga kini nama watak yang dilakonkan oleh barisan
pelakon-pelakon muda Juvana itu masih 'melekat' dan justeru telah serasi
dengan diri masing-masing.

Siapa tidak boleh lupa dengan empat karakter penting dalam Juvana
iaitu Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda, Apek (Syazwan Zulkifly), Ayam
(Adam Shah) serta Black (Talha Amir Harith), selain Botak dan Daim yang
masing-masing dilakonkan oleh Johan As'ari serta Zahiril Adzim.

Tidak sangka dengan fenomena yang telah berjaya dicetuskan oleh drama
ini, Izreen, Syazwan, Adam dan Talha tidak menafikan Juvana menjadi
platform bagi diri mereka terus dikenali dalam membina nama melalui
bidang lakonan.

Memanjat kesyukuran terhadap illahi atas rezeki yang dikurniakan
kepada mereka, bicara keempat-empat pelakon ini, mereka akan membuat
yang terbaik untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi tersebut.

Rezeki dan hikmah

Watak Cikgu Zakiah dalam Juvana sememangnya membantu Izreen Azminda
Aznam lebih dikenali walaupun sebelum ini dia telah wujud dalam industri
lakonan selama enam tahun.

"Saya memulakan karier sebagai pelakon enam tahun lalu. Memang saya
akui, memang ramai yang mengenali saya setelah memegang watak dalam
drama Juvana. Mungkin rezeki saya lambat namun saya tidak kisah.

"Saya tetap bersyukur dengan rezeki yang saya terima kerana setiap
apa yang berlaku punya hikmahnya sendiri. Selama enam tahun itu juga,
banyak pengalaman yang dapat saya kumpul.

"Alhamdulillah, tawaran kini semakin banyak namun saya perlu
perlahankan sedikit kerana perlu memberi fokus terhadap persiapan
perkahwinan kelak," tutur Izreen yang telah mengakhiri zaman solonya
Sabtu minggu lepas.

Selain itu, tutur anak kelahiran Kedah ini, sebelum ini, dia sering
menerima tawaran memegang watak antagonis, namun setelah melihat lakonan
yang dijayakan dalam drama ini, dia bersyukur kerana ada yang telah
nampak bakat yang ada dalam diri.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon, dia juga sering mencabar diri untuk membawa watak yang lain dari yang lain.

Tawaran lakonan mencurah-curah

Lain pula cerita Talha atau nama yang diberi Talha Amir Harith yang memegang watak sebagai Black dalam drama ini.

Bicara pemuda berwajah comel ini, sebenarnya dia tidak tampil dalam
banyak babak dalam Juvana, namun dia bersyukur kerana dirinya turut
terpalit bersama fenomena yang dicetuskan drama itu.

"Saya sangat bersyukur kerana walaupun sebenarnya tidak banyak babak
yang menampilkan Black dalam drama episod Juvana ini. Tidak silap saya,
hanya dua episod sahaja. Namun, memang impak berlakon dalam Juvana
melekat hingga ke hari ini.

"Alhamdulillah, memang selepas itu saya dihujani dengan tawaran berlakon dan rezeki juga semakin murah dan tidak putus-putus.

"Sehinggakan ada (tawaran) yang terpaksa saya tolak kerana saya akan
ambil tawaran yang datang dahulu kepada saya," tuturnya meminta maaf
kerana bukan sengaja mahu menolak tawaran yang diberikan padanya.

Tutur pemuda berkelulusan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, walaupun setelah setahun berlalu,
masih juga ada peminat yang memanggilnya dengan nama yang dilakonnya
dalam Juvana.

Umpama segulung ijazah

Bagi pemilik nama Adam Shah atau lebih mesra disapa Adam, dia
mempunyai perancangan sendiri sebelum namanya meledak melalui Juvana.

Berkat usaha dan minat terhadap dunia lakonan, Adam telah memulakan
langkahnya tiga tahun lalu dengan bekerja di bahagian belakang tabir
produksi.

"Sebelum ini sebenarnya saya punya perancangan di mana, saya ingin
berjinak di bahagian belakang tabir produksi. Dari situ, saya akan mula
mengenali produksi dan ingin mengambil peluang tersebut untuk menceburi
bidang lakonan.

"Namun, tidak dinafikan, mengambil tawaran sebagai Apek, telah
memendekkan tempoh perancangan jangka masa panjang saya itu.
Alhamdulillah, orang sudah mula kenal dengan nama dan bakat saya.

"Juvana seperti segulung ijazah untuk mengumumkan kepada masyarakat
bahawa saya memang layak untuk berada dalam industri ini dan meneruskan
karier sebagai seorang pelakon," bicara Adam yang menjadikan lakonan
sebagai sumber rezekinya.

Rezeki terpijak

Selain Johan As'ari, Syazwan Zulkifly juga merupakan aktor kelahiran
Juvana yang dilihat semakin bersinar bintangnya dalam menempah nama
dalam bidang lakonan.

Mula bergiat dalam lakonan melalui sitkom yang berjudul Terbelahak di
Astro, Syazwan muncul dalam drama Gemilang sebelum diberi peluang
meelakonkan watak penting menerusi Juvana.

"Makin lama saya menceburkan diri dalam bidang lakonan ini, saya akui
minat saya semakin mendalam. Saya rasa ini merupakan rezeki saya kerana
telah berjumpa dengan orang yang tepat untuk memperkenalkan saya kepada
bidang lakonan.

"Saya mula karier saya bersama produksi Filmscape. Jadi ketika
bekerja dengan pihak produksi ini, saya rasa selesa bekerja dengan
mereka semua.

"Bagi saya Bront Palarae, Beto Khushairy, Tiz Zakiah, Azhan Rani
serta Zahiril Adzim merupakan pelakon sejati. Dapat bekerja dengan
mereka merupakan pengalaman yang bagus untuk saya," tutur pemuda berusia
23 tahun ini.

Tuturnya, Juvana merupakan rezeki terpijak baginya setelah menceburi
bidang lakonan ini. Ini kerana ketika terlibat dengan Juvana, mereka
langsung tidak sangka drama ini akan menjadi fenomena begini.

"Jika mahu katakan keserasian, kami sebelum ini tidak pernah
mengenali antara satu sama lain. Namun kami sebagai pelakon, hanya
memberi yang terbaik untuk menjayakan filem mahupun drama yang
dilakonkan," akhiri Syazwan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum