Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Piala SCTV: Medan uji skuad Harimau Muda

View previous topic View next topic Go down

Piala SCTV: Medan uji skuad Harimau Muda

Post by Park Deen on Wed Sep 05, 2012 9:48 am

Piala SCTV: Medan uji skuad Harimau Muda (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ROZAIMI turut disenaraikan dalam skuad Harimau Muda bagi menghadapi Piala SCTV hujung minggu ini.



TIADA sasaran khusus ditetapkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee
(gambar kecil) menjelang kejohanan jemputan Piala SCTV yang berlangsung
di Jakarta, Indonesia, Ahad ini.

Sebaliknya, pengendali berusia 42 tahun itu mahu meman- faatkan
peluang menguji ‘ketahanan mental’ barisan pemain mudanya ketika
dijadualkan berdepan skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia di Stadium
Gelora Bung Karno kelak.

Biarpun majoriti anak-anak buah beliau telah pun menyelami ‘gelora’
beraksi di stadium keramat itu termasuk menaiki ‘Barracuda’ semasa
mempertahankan emas temasya Sukan SEA tahun lalu, Kim Swee menyifatkan
pengalaman sekali lagi beraksi di stadium berkenaan tidak wajar
dilepaskan sebegitu sahaja.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan itu nanti,
cuma saya mahu menilai mana-mana pemain baharu yang tidak tersenarai
dalam skuad Sukan SEA sebelum ini sama ada mereka mampu beraksi di bawah
teka- nan di depan ribuan penyokong lawan ataupun tidak.

“Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada perancangan awal
mempertahankan emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, jadi sudah tentu saya
harap pemain-pemain saya dapat meraih pengalaman berguna beraksi di
Gelora Bung Karno nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan itu nanti, aksi skuad Harimau Muda dengan B-22
Indonesia dijadualkan bermula pukul 7.30 malam (8.30 malam waktu
Malaysia).

Ia merupakan aksi tunggal anak-anak buah Kim Swee pada kejohanan itu, dan mereka dijangka ‘terbang’ ke Indonesia esok.

Selain perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan, satu lagi aksi
melibatkan antara skuad kebangsaan Indonesia dan Korea Utara juga
dijadualkan berlangsung di stadium yang sama sehari kemudian.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan beberapa
pemain Harimau Muda seperti Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd. Shas,
Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang dipanggil
memperkuatkan skuad kebangsaan menjelang aksi perlawanan persahabatan
antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam pada 11 September
ini juga memberikan peluang kepada beliau menguji beberapa pemain
selain daripada skuad Harimau Muda.

Antara yang mendapat kepercayaan beliau mengharungi Piala SCTV nanti
termasuklah peledak berbisa Sabah, Rozaimi Abdul Rahman, Nik Mohd.
Shahrul Azim (Kelantan).

K. Reuben (Angkatan Tentera Malaysia), Saiful Izuan (UiTM) dan dua pemain PKNS, Aminuddin Mohd. Nor dan Azrif Nasrulhaq.

“Saya harap pemain dapat mengekalkan momentum sebelum kembali menyambung aksi Liga Singapura (Liga S) selepas ini,” kata- nya.

Skuad Harimau Muda yang kini di tangga keempat Liga S dengan 32 mata
selepas 17 perlawanan hanya akan kembali meneruskan perjuangan menentang
pasukan di tangga kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura
pada 15 September ini.

Kesibukan jadual Harimau Muda juga tidak berakhir di situ sahaja
apabila mereka bakal menyertai satu lagi kejohanan jemputan iaitu
Newspaper Cup di Vietnam pada Oktober depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum