Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM sahkan slot ke suku akhir

View previous topic View next topic Go down

ATM sahkan slot ke suku akhir

Post by Park Deen on Wed Sep 05, 2012 9:46 am

ATM sahkan slot ke suku akhir (Kosmo)





PEMAIN Terengganu, Joseph Kalang
Tie (tengah) dikawal ketat pertahanan ATM pada aksi Kumpulan B Piala
Malaysia di Kuala Terengganu semalam.




ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengesahkan tiket ke pusingan
suku akhir saingan Piala Malaysia 2012 selepas menundukkan Terengganu
2-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu semalam.

Seperti yang diramalkan, Terengganu yang menampilkan persembahan
bertenaga, terdesak untuk memburu kemenangan pada aksi kelima kejohanan
piala berprestij tempatan tersebut.

Namun, ATM memastikan pasukan berstatus kelab itu berjaya mara ke
kelompok lapan pasukan terbaik menerusi dua jaringan pemain import,
Marlon Alex James dan Sebastian Martelotto yang meledak gol pada minit
ke-73 dan 87.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan skuad kendalian B.
Sathianathan itu muncul selaku pendahulu kumpulan manakala skuad Penyu
menduduki tangga tercorot.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, hajat Johor FC untuk
mengesahkan slot ke suku akhir lebih awal tidak kesampaian apabila
tewas 1-3 kepada Johor.

Johor berada di hadapan seawal minit ke-18 menerusi jaringan pemain
import, Muriel Juan Orlando yang mudah menewaskan penjaga gol lawan,
Muhd. Zamir Selamat melalui sepakan penalti.

Gol kedua skuad Jengking hadir pada minit ke-38 melalui rembatan
kencang Muhd. Haidin Azman dari dalam kotak penalti selepas terlebih
dahulu menggelecek tiga pemain skuad Lebah melalui pergerakan solo.

Pemain Johor, Muhd. Haidin sekali lagi muncul wira apabila
menghadiahkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-50 melalui rembatan
leret menewaskan Muhd. Zamir.

Johor FC cuba bangkit pada babak kedua apabila Arthur Henrique
menjaringkan gol tunggal tuan rumah melalui sepakan percuma pada minit
ke-61, namun keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah terpaksa menggunakan talian
hayat pasukan lain untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia setelah
sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Kelantan dalam saingan
Kumpulan B.

Tiga peluang keemasan skuad Kenari untuk menjaringkan gol gagal
disudahkan dengan baik barisan penyerang membuatkan mereka terpaksa
gigit jari meraih kemenangan untuk mencerahkan peluang berada dalam
kelompok lapan pasukan terbaik.

Dengan keputusan itu Kedah berada di tangga ketiga kumpulan dengan
lima mata, tiga mata di belakang Kelantan yang menghuni tangga kedua
dengan ATM terus menerajui kumpulan dengan 10 mata.

Pada pertemuan terakhir menentang ATM, Kedah yang dibimbing Mario Tot
berdepan tugas sukar dengan misi wajib menang besar selain mengharapkan
Kelantan tewas kepada Terengganu.

Skuad Kenari berpeluang mendahului pada minit ke-10 menerusi
penyerang Khyril Muhymeen Mohd. Zambri setelah menerima hantaran lintang
daripada Mohd. Sabree Abu, namun sentuhannya tersasar.

Peluang skuad Hijau Kuning sekali lagi hadir pada minit ke-39, namun
sepakan percuma kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar terkena tiang sebelum
disepak keluar pertahanan Kelantan.

Kelantan yang bertungkus lumus untuk mencari gol terus buntu sehingga
terpaksa mengeluarkan penyerang pinjaman dari Kuala Lumpur, Mohd. Afiq
Azmi dengan memasukkan Mohd. Nor Farhan pada babak kedua.

Pasukan tuan rumah yang terdesak memburu kemenangan hampir
menjaringkan gol pada minit ke-66, namun larian solo, Vedran Gerc gagal
menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, hasrat Pahang menambah tiga lagi
mata dalam pertemuan kedua menentang Selangor di hadapan 20,000
penyokong di Stadium Darul Makmur, Kuantan tidak kesampaian apabila
tewas 1-4.

Permainan dimulakan dengan aksi Pahang cuba mengimbangi asakan Selangor yang bermula garang pada minit-minit awal permainan.

Cubaan pasukan tuan rumah untuk terus mengawal kelincahan Selangor di
hadapan pintu gawang berjaya diatasi skuad Gergasi Merah apabila Amri
Yahyah menyempurnakan gol pertama pada minit ke-14 melalui rembatan
tepat dalam petak penalti.

Rentak permainan Pahang pada minit seterusnya terus goyah apabila beberapa hantaran menjadi serba tidak kemas.

Mengambil peluang terhadap kealpaan pasukan tuan rumah, skuad Gergasi
Merah menggegarkan gawang Pahang dengan gol kedua melalui tandukan
Bosko Balaban pada minit ke-33.

Kealpaan Pahang terus dihukum apabila Amri sekali lagi meledakkan gol
pada minit ke-50 manakala Rozaimi Abdul Rahman menyempurnakan gol
keempat Selangor empat minit kemudian.

Hanya pada minit ke-70, Pahang berjaya menjaringkan gol tunggal
melalui sepakan penalti Mohd. Hafiz Kamal selepas bola terkena tangan
Adip Azudin ketika diasak bertubi-tubi oleh pemain tuan rumah.

Di Kuching, Sarawak menghidupkan peluang apabila berpesta gol dengan
menewaskan T-Team 6-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri,
Sarawak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum