Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wawa anak emas MMP

View previous topic View next topic Go down

Wawa anak emas MMP

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 8:07 am

Wawa anak emas MMP (Harian Metro)

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my



WAWA...kini dipilih menjadi duta produk Lip Ice dan Syahirah.



MON RYANTI...tak kisah melakonkan watak pembantu.

BERNAUNG sebagai residen artis di bawah label produksi terkenal,
Metrowealth Movies Production Sdn Bhd (MMP) nyata pilihan tepat buat
kebanyakan pendatang baru industri seni. Apatah lagi, produksi milik
David Teo ini begitu aktif dalam penghasilan filem dan drama untuk
tatapan penonton tempatan.

Malah, sejak beberapa tahun ini filem terbitan MMP dilihat
mendominasi tayangan di pawagam. Bahkan, boleh dikatakan setiap bulan
ada saja filem terbitannya ditayangkan. Tidak terkecuali, pasti ada
‘muka baru’ turut diketengahkan bakat lakonan mereka kepada penonton.

Justeru, kini nama bintang meningkat naik seperti Wawa Zainal dan
Mon Ryanti bukanlah asing lagi di kalangan peminat industri hiburan
tanah air. Biarpun masih baru dan giat menimba pengalaman dalam lakonan,
namun tawaran buat mereka membintangi filem nyata tak putus. Ada saja
peluang diberikan David.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa
Zainal Abidin kini dilihat umpama ‘anak emas’ buat MMP selepas aktres
jelita, Lisa Surihani. Bukan saja berbakat, bahkan wajah jelita Wawa
turut membuka ruang kepadanya dipilih menjadi duta produk jenama
terkenal. Kini, dua produk dalam genggamannya.

Bersua Wawa pada sesi fotografi dengannya, baru-baru ini, gadis
manis berusia 21 tahun itu memaklumkan dia kini menjadi duta produk
untuk Lip Ice dan Syahirah. Katanya, tiada apa yang mampu diungkapkan
selain bersyukur dengan rezeki diperoleh walaupun pembabitannya dalam
industri seni tanah air masih baru.

“Saya mengikat kontrak dengan MMP selama lima tahun. Namun,
dalam tempoh dua tahun ini nampaknya saya semakin mendapat peluang untuk
menyerlahkan bakat lakonan. Malah, paling tidak saya duga apabila
dipilih sebagai duta untuk produk ternama seperti Lip Ice dan Syahirah.

“Kini, saya akui jadual memang agak padat. Selain sibuk dengan
penggambaran, saya juga kena turun padang untuk sesi promosi produk.
Begitupun, sekarang saya amat gementar menunggu reaksi penonton untuk
lakonan dalam filem komedi, Seram Sejuk yang kini berada di pawagam
sejak 19 Ogos lalu.

“Saya tak nafikan amat teruja dengan filem
ini kerana pertama kali mendapat peluang melakonkan watak utama. Apapun,
watak Ros itu memerlukan saya menjadi gadis gedik yang manja. Ia agak
sukar, tetapi saya berusaha memberikan lakonan terbaik dan mengikut saja
apa yang disuruh pengarah, Azhari Zain.

“Jadi, apa yang
merisaukan saya adalah pandangan penonton. Namun, sebagai seorang
pelakon yang masih baru, saya sedar banyak yang harus dipelajari untuk
menimba pengalaman. Saya harap lakonan akan disukai dan pada masa sama
turut bersedia menerima sebarang kritikan penonton,” katanya.

Menyentuh soal persaingan kerana Wawa kelihatan lebih menonjol
berbanding pelakon baru di bawah MMP, kata anak jati dari Lahad Datu,
Sabah ini, baginya semua orang mempunyai peluang. Katanya, dia juga
tidak nampak wujudnya persaingan kerana mereka umpama satu keluarga.

“Kalau ada persaingan pun, ia sesuatu yang sihat. Bagaimanapun, setakat
ini saya masih belum puas dengan tahap lakonan dipersembahkan. Ini
kerana, bagi saya setiap watak dilakonkan itu adalah proses
pembelajaran. Jadi, rasanya masih banyak kekurangan yang perlu saya
perbaiki untuk lebih bagus lagi.

“Kini, saya mengharapkan
peluang melakonkan watak berat. Ia pasti lebih menguji sejauh mana mutu
lakonan saya. Apapun, saya akan bersabar menunggunya,” kata Wawa yang
memiliki lesung pipit. Malah, Wawa juga dikenali menerusi drama seperti
Klik, Bunga Dari Syurga dan terbaru, Takdir Qismah di TV3.

Mon ‘setia’ pada watak pembantu

JIKA
diukur pada pembabitan Mon Ryanti dan Wawa di pentas lakonan, pastinya
aktres kelahiran Johor Bahru ini yang lebih dulu ‘makan garam’ menjadi
anak seni. Bagaimanapun, tuah gadis berusia 23 tahun itu nampaknya tidak
secerah Wawa. Boleh dikatakan, Mon Ryanti lebih ketara melakonkan watak
pembantu.

Oleh itu, apakah pemilik nama sebenar Mon Ryanti
Muhammad Sahudina Lee ini benar-benar selesa dengan peluang watak
diterimanya? Menjawab persoalan ini, anak kedua daripada tiga beradik
itu memaklumkan dia sedia menerima apa saja watak diberikan kepadanya
dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Katanya, setakat ini,
peluang diterima daripada Metrowealth Movies Production adalah adil.
Menurut Mon Ryanti, bukanlah dia tidak pernah melakonkan watak utama
langsung kerana filem Hantu Dalam Botol Kicap dan Keramat adalah
buktinya. Jadi, rasanya tiada salah juga untuk dia terima watak
pembantu.

“Sama ada dapat watak utama atau pembantu, saya OK
saja. Apa yang penting, setiap watak dilakonkan itu mampu memberi ruang
kepada saya memperbaiki kekurangan lakonan. Lagi pun, saya juga masih
baru dalam bidang lakonan diceburi dan dalam proses pembelajaran kerana
bermula daripada kosong.

“Saya tiada asas dalam lakonan. Namun,
atas peluang dan kepercayaan diberikan David, saya sahut cabaran dan
mencuba. Kalau diikutkan pun, permulaan pembabitan saya dalam bidang
seni ini bermula daripada potongan kaki yang terpilih untuk dijadikan
poster filem terbitan MMP,” katanya.

Menurut pemegang ijazah
jurusan akaun dan kewangan ini, watak pembantu yang dilakonkan juga
bukan sebarangan. Katanya, dia diberikan watak pembantu utama yang
dianggapnya penting juga sebagai tulang belakang pada filem dibintangi.
Selain itu, apa yang menggembirakannya apabila bergandingan dengan
pelakon berpengalaman.

“Berlakon di samping pelakon yang sudah
ada nama dan pengalaman ini perasaannya lain. Mereka bukan saja banyak
membantu dari segi meningkatkan mutu lakonan, tetapi yang paling utama
menyuntik semangat motivasi pada diri saya untuk memberikan aksi lebih
baik. Siapa yang mahu lakonan sendiri tenggelam?

“Oleh itu,
bagi saya watak pembantu juga mempunyai cabarannya yang tersendiri.
Apapun, yang pasti saya tak kisah sampai bila harus melakonkan watak
pembantu kerana ia juga rezeki. Malah, saya pun belum mendapat kepuasan
daripada lakonan dipersembahkan. Justeru, saya akan terus mencuba
sehingga berjaya,” katanya.

Kini tampak jelita dengan penampilan
rambut pendek, Mon Ryanti mengakui dia selesa dengan imej baru itu.
Katanya, mudah untuk dia mendandan rambutnya berbanding ketika panjang
dulu. Apapun, ujarnya, dia memotong rambut menjadi pendek bukan kerana
putus kasih tetapi kerana rosak.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum