Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Saya sedia disiasat'

View previous topic View next topic Go down

'Saya sedia disiasat'

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 7:57 am

'Saya sedia disiasat' (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SHARBINEE (tengah) gagal menangkap
kemas sepakan sudut yang diambil kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar pada
aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu lalu.




"JIKA betul saya 'jual perlawanan', panggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat saya. Saya tidak takut."

Demikian tegas penjaga gol utama Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee
Ramli yang cukup kecewa apabila dikatakan menjadi punca skuad Peteh
gagal meraih kemenangan ketika menentang Kedah pada aksi Kumpulan B
kempen Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan apabila ada 'suara-suara' yang mendakwa Sharbinee
sengaja 'menjual perlawanan' sehingga menyebabkan Terengganu sekadar
seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu itu.

Mengulas lanjut, Sharbinee mengakui, dia kecewa dengan dakwaan dia
tidak memiliki semangat kesukanan sehingga dikatakan sanggup 'menjual
perlawanan'.

"Saya cukup sayangkan Terengganu tetapi tidak bermakna sekiranya saya melakukan kesilapan, saya sengaja 'menjual perlawanan'.

"Sepanjang beraksi bersama Terengganu sejak 2006, saya sentiasa
memberikan aksi terbaik buat pasukan tetapi dakwaan itu seolah-olah satu
penghinaan kepada saya.

"Saya cukup kecewa dengan tuduhan itu yang mana saya dianggap seperti tiada maruah diri.

"Panggil sahaja SPRM, saya tidak akan lari ke mana-mana sekiranya
mereka yang mendakwa ada bukti dengan tuduhan itu," kata Sharbinee
ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Begitupun, tiga kad merah 'mewarnai' pertemuan tersebut yang menyaksikan aksi tegang pemain antara kedua-dua pasukan.

Akibatnya, dua pemain Kedah iaitu penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza
Elias dan Wan Mohd. Shukri Wan Ahmad serta penyerang import Terengganu,
Francis Forkey Doe diarah keluar padang.

Dalam pada itu, Sharbinee sekali lagi memohon maaf atas tindakannya
bertindak membaling botol ke arah jurulatih Terengganu, Peter James
Butler.

"Saya tengah marah. Semua orang tengah marah memang tak dapat nak
kawal emosi, lebih-lebih lagi saya ditolak (oleh Butler) selepas
digantikan dengan Mohd. Sharmiza Yusoff buat pertama kali di hadapan
penyokong sendiri.

"Saya minta maaf kerana gagal mengawal perasaan itu apabila dimaki
hamun (oleh Butler) tetapi kenyataan mendakwa saya menjual perlawanan
itu sangat tidak berasas," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum