Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

T-Team bakal dibubar jika prestasi hambar

View previous topic View next topic Go down

T-Team bakal dibubar jika prestasi hambar

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:55 am

T-Team bakal dibubar jika prestasi hambar (KOSMO)



SKUAD T-Team mungkin dibubarkan musim depan jika skuad kendalian
Yunus Alif itu menunjukkan prestasi hambar dalam saingan Piala Malaysia
musim ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika T-Team
gagal menyerlah, ia sesuatu yang merugikan kerana pasukan berstatus
kelab itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kita sudah melabur banyak untuk T-Team tetapi pasukan
itu tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian memberangsangkan.

"Oleh itu, kemungkinan T-Team tidak akan ada lagi pada tahun depan
jika pasukan itu berterusan kalah dalam kempen Piala Malaysia musim
ini," kata Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Ahmad tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada pengendali Terengganu, Peter James Butler.

Beliau percaya, jurulatih dari England itu mampu membawa perubahan
serta nafas baharu walaupun Terengganu kini sedang menghadapi masalah.

Mengenai kedudukan Ahmad Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad berkata,
penjaga gol Terengganu itu mungkin tidak diturunkan pada perlawanan
seterusnya berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin.

"Saya pasti Butler mempunyai alasan tertentu berbuat demikian dan
sebagai pemain, Sharbinee dan kesemua pemain skuad Terengganu perlu
berdisiplin dan berintegriti tinggi bukannya melakukan perkara
memalukan," katanya.

Ahmad turut memberi amaran untuk mencari pemain baharu bagi menggantikan pemain sedia ada jika mereka tidak mengubah sikap.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum