Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gergasi Merah enggan toleh belakang

View previous topic View next topic Go down

Gergasi Merah enggan toleh belakang

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:54 am

Gergasi Merah enggan toleh belakang (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
KEBANGKITAN Selangor dalam kempen Piala Malaysia kali ini sememangnya sudah diduga.

Selepas dilihat agak ‘lambat panas’ dalam permulaan saingan kumpulan
apabila tewas mengejut 1-2 kepada Sarawak sebelum sekadar seri 1-1
dengan Pahang sebelum ini, skuad Gergasi Merah tidak lagi menoleh ke
belakang.

Mereka kemudian berjaya melakar dua kemenangan berturut-turut (1-0
dan 2-1) ke atas T-Team, sekali gus mengutip tujuh mata setakat ini,
tiga mata di belakang skuad Tok Gajah yang selesa menerajui Kumpulan D.

Malam ini, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu pastinya
‘berselera besar’ mengekang kehebatan Pahang di Stadium Darul Makmur,
Kuantan seandainya berhasrat mahu memastikan kemarau Piala Malaysia
selama tujuh musim ternoktah selepas kali terakhir memenanginya pada
2005.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS),
Datuk Hamidin Mohd. Amin tidak mahu skuad Gergasi Merah dibuai mimpi
indah, lantaran ‘Misi 33’ kali ini masih belum tamat.

“Perjuangan belum selesai, kita fokus satu persatu terlebih dahulu
(lepas peringkat kumpulan sebelum fokus suku akhir dan peringkat
seterusnya).

“Selagi Piala Malaysia tidak berada dalam genggaman Selangor, selagi
itulah ‘Misi 33’ tetap membara. Jadi, jangan terlalu yakin (selagi belum
melepasi peringkat kumpulan),” tegas Hamidin.

Untuk rekod, skrip yang lebih kurang sama juga menimpa skuad Gergasi
Merah apabila dilihat ‘lambat panas’ ketika aksi awal kumpulan edisi
Piala Malaysia 2011 sebelum berjaya menempah slot suku akhir apabila
muncul naib juara kumpulan dengan 10 mata.

Sebaik menewaskan Perak dengan agregat 4-1 pada suku akhir musim
lalu, perjalanan Selangor akhirnya disekat Terengganu yang ketika itu
dikendalikan Irfan Bakti di peringkat separuh akhir apabila tewas
menerusi agregat 1-4.

Hamidin juga berharap kesemua pemain Selangor dapat memikul mandat
yang diterjemahkan Irfan Bakti dengan sebaik mungkin biarpun tanpa
kehadiran K. Gurusamy dan Asraruddin Putra Omar yang masih dibelenggu
kecederaan.

“Kehadiran semula Amri Yahyah dan Bunyamin Omar juga pasti memberikan lebih banyak pilihan buat Irfan Bakti,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum