Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kemuncak prestasi Tok Gajah

View previous topic View next topic Go down

Kemuncak prestasi Tok Gajah

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:52 am

Kemuncak prestasi Tok Gajah (KOSMO)



Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my
PAHANG dilihat berada di kemuncak prestasi dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Pahang unggul selaku pendahulu
Kumpulan D apabila merekodkan sepuluh mata hasil tiga kemenangan dan
sekali seri.

Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor pula di tangga kedua dengan
mengumpul tujuh mata, diikuti Sarawak (empat) dan T-Team (satu).

Malam ini, skuad Tok Gajah itu akan menerima kunjungan Selangor di
Stadium Darul Makmur, Kuantan dan hanya satu mata sudah memadai buat
Pahang untuk menyambar tiket suku akhir.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk
Seri Mohamad Safian Ismail berkata, misi kali ini juga merupakan usaha
mengembalikan kegemilangan skuad Pahang yang pernah menjulang Piala
Malaysia pada 1983.

“Setakat ini, semangat para pemain berada di tahap tinggi menjelang pertemuan menentang Selangor.

“Kita mahu membina imej baharu atau sekurang-kurangnya supaya orang tidak lagi pandang enteng kepada pasukan Pahang.

“Bagi mencapai misi dalam kempen Piala Malaysia musim ini, Pahang
terlebih dahulu perlu menang dalam pertemuan kedua dengan Selangor
sebelum mara ke saingan seterusnya,” kata Mohamad Safian kepada
pemberita semasa sidang akhbar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang di Kuantan semalam.

Terdahulu, Pahang hampir memalukan Selangor di Stadium Shah Alam
sebelum terpaksa pulang dengan satu mata apabila kedua-dua pasukan
terikat dengan keputusan seri 2-2.

Menurut Mohamad Safian, pihaknya juga bercadang untuk memberi
ganjaran kepada para pemain Tok Gajah sekiranya berjaya dalam misi besar
menjulang Piala Malaysia.

“Ada cadangan untuk beri ganjaran kepada para pemain tetapi kita
tidak mahu mereka terlalu memikirkan mengenai perkara itu sehingga
menganggu kualiti permainan.

“Paling utama sekarang ialah berusaha mencapai misi ini kerana kita memang ada rancangan untuk mereka,” ujanya.

Selain itu, beliau menambah, kaunter tiket di Stadium Darul Makmur bagi perlawanan malam ini dibuka bermula pukul 10 pagi.

“Para penyokong setia Pahang diharap hadir memberi sokongan padu
kepada skuad Tok Gajah yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi
sejak kebelakangan ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum