Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Peteh desak PBSNT bertindak tegas

View previous topic View next topic Go down

Peteh desak PBSNT bertindak tegas

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:49 am

Peteh desak PBSNT bertindak tegas(KOSMO)


KELAB Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) mendesak Persatuan Bola
Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil tindakan tegas terhadap
pemain yang 'khianat' kepada pasukan.

Setiausahanya, Wan Mohd. Azmi Wan Ngah berkata, ia termasuk menyingkir mana-mana pemain yang tidak berdisiplin dan setia.

"Kita desak PBNST tidak perlu lagi menyimpan pemain seumpama ini
kerana pasukan Terengganu akan lebih teruk sekiranya semakin lama pemain
sedemikian disimpan," katanya semalam.

Beliau berkata, pemain yang tidak jujur bukan sahaja memalukan
rakan-rakan sepasukan mereka, malah juga merosak reputasi kerajaan
negeri yang begitu komited dengan pembentukan kecemerlangan pasukan
Terengganu.

Pada masa yang sama, Peteh mahu pihak jurulatih atau pegawai PBSNT
tidak sewenang-wenang membuat kenyataan berunsur negatif mengenai
pasukan kepada media.

Ketika ini, Terengganu dilanda pelbagai kontroversi sehingga
mengundang keresahan dalam kalangan penyokong setia skuad Peteh itu.

Antara kontroversi yang mencuri tumpuan ialah polemik antara jurulatih, Peter James Butler dengan para pemainnya.

Selepas membuat keputusan mengejut menyingkirkan dua tonggak
utamanya, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi atas alasan masalah disiplin,
Butler sekali lagi dihimpit kontroversi apabila 'bertikam lidah' dengan
penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Insiden itu berlaku ketika Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum