Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Jangan ulangi kesilapan sama'

View previous topic View next topic Go down

'Jangan ulangi kesilapan sama'

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:38 am

'Jangan ulangi kesilapan sama' (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AYAM TAMBATAN... Penyudah berbisa,
Marlon Alex James (tengah) sekali lagi ditagih ATM bagi memburu
kemenangan ke atas Terengganu malam ini.




ADA mesej penting yang mahu disampaikan pengendali Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), B. Sathianathan terhadap anak-anak buahnya menjelang
pertemuan menentang Terengganu dalam aksi Kumpulan B kempen Piala
Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
malam ini.

Menurut beliau, ‘penyakit’ mudah kehilangan konsentrasi pada babak
akhir perlawanan seperti mana ketika ATM tewas tipis 3-4 kepada
Kelantan, Sabtu lalu wajar diatasi segera seandainya mereka berhasrat
melangkah lebih jauh.

Jika tidak, katanya, tidak mustahil sasaran awal untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini tidak kesampaian.

“Para pemain saya dilihat kehilangan konsentrasi pada 15 minit
terakhir (ketika menentang Kelantan) sehingga menyebabkan gawang kami
bolos pada penghujung perlawanan.

“Ini satu pengajaran berguna buat kami dan ia tidak harus berulang ketika menentang Terengganu (malam ini),” kata Sathianathan.

Dalam perlawanan Sabtu lalu, hasrat ATM menempah slot suku akhir
terlebih awal tergendala seketika biarpun mereka mendahului 3-2 pada
suatu ketika.

Namun, dua gol menerusi jaringan lewat oleh tonggak Kelantan, Nor
Farhan Muhammad dan Nurul Azuan Roya pada penghujung perlawanan
merencatkan seketika misi ATM.

Dengan keputusan itu, ATM kini berkongsi tujuh mata dengan Kelantan,
mengatasi Terengganu dan Kedah yang masing-masing sekadar meraih empat
mata, sekali gus menyaksikan saingan ‘kumpulan maut’ kembali terbuka.

Seandainya tewas malam ini, tidak mustahil hasrat ATM bakal terkubur
memandangkan The Red Warriors dilihat tidak berdepan masalah meraih tiga
mata berharga ketika menentang Kedah biarpun beraksi di tempat lawan
dalam satu lagi aksi kumpulan di Stadium Darul Aman.

Pada masa sama, Sathianathan juga tidak mahu terjerat dengan 1,001
helah tuan rumah biarpun pernah mengatasi Sang Penyu dengan keputusan
2-1 dalam aksi kumpulan pada 25 Ogos lalu.

“Kemenangan lalu sudah menjadi sejarah, yang paling penting misi memburu tiga mata (malam ini) terlaksana,” tegasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum