Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Misi hidup mati Kedah

View previous topic View next topic Go down

Misi hidup mati Kedah

Post by Park Deen on Tue Sep 04, 2012 6:35 am

Misi hidup mati Kedah (KOSMO)



KEDAH tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan ke atas
juara Liga Super, Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini
bagi menghidupkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia, lapor AHMAD
SYAHIR KASSIM.

Bagaimanapun, misi itu tampak sukar bagi skuad Hijau Kuning kerana
Kelantan dilihat semakin 'bernafsu' lebih-lebih lagi selepas menundukkan
juala Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu sudah pasti mahukan kemenangan
setelah berkongsi tujuh mata dengan ATM selepas empat perlawanan dengan
Kedah hanya meraih empat mata hasil satu kemenangan dan sekali seri.

Bagaimanapun, bagi barisan pemain Hijau Kuning, mereka bertekad
mencapai kemenangan biarpun sedar tentangan sengit The Red Warriors yang
mahu mengesahkan slot lebih awal ke suku akhir.

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar bersama rakan-rakan sepasukannya nekad
untuk mempamerkan aksi terbaik dan konsisten sepanjang perlawanan itu
bagi memastikan mereka tidak 'tutup buku' lebih awal.

"Pertemuan ini adalah antara hidup dan mati. Sekira menang, (Kedah)
masih ada peluang (ke suku akhir), namun jika keputusan sebaliknya, kami
terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia lebih awal.

"Para pemain dituntut bangkit pada perlawanan penting ini. Lupakan
kesilapan dan kekalahan lalu tetapi buka buku baharu dengan tekad meraih
kemenangan," katanya.

Tambahnya, bimbingan dan strategi jurulatih, Mario Tot diyakini mampu
merencana kemenangan bagi pasukan yang bertekad mengembalikan
kepercayaan peminat setia skuad Hijau Kuning.

"Diharapkan peluang jaringan diterjemahkan dengan baik. Pemain tidak
usah berpuas hati ketika mendahului lawan dengan jaringan dan tidak
berputus asa apabila ketinggalan.

"Kelekaan boleh membawa padah dan kesilapan juga boleh mengundang bahaya kepada pasukan," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum