Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Baru berkahwin sudah berpisah

View previous topic View next topic Go down

Baru berkahwin sudah berpisah

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 4:33 am

Baru berkahwin sudah berpisah (Kosmo)









PERKAHWINAN mereka masih baharu, namun ujian getir menanti apabila
mereka terpaksa berpisah. Itu takdir yang melanda pasangan pengantin
baharu, aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza
Baharudin atau Riza.

Belum pun puas bermesra sebagai suami isteri selepas dinikahkan pada
30 Ogos lepas, pasangan ini sudah pun diuji apabila terpaksa berpisah
selama 13 hari dek tuntutan kerjaya masing-masing.

Izreen terbang ke Seoul, Korea Selatan kira-kira 24 jam selepas
majlis persandingan pada sebelah malam 31 Ogos bagi mengikuti kru
produksi untuk penggambaran drama bersiri, Julia.

“Pada pukul 11.30 malam 1 September (lalu) saya berangkat ke Korea
Selatan. Tipu jika saya kata tidak sedih meninggalkan suami. Pertama
kali kahwin dan baru mahu merasai hidup berumah tangga terpaksa
'berpisah','” ujar Izreen.

Biarpun terpaksa melalui ujian getir itu, namun tanggal 30 Ogos 2012
sebenarnya telah menjadi detik istimewa dan bersejarah bagi pemilik nama
Izreen Azminda Aznam. Jika pada tahun-tahun sebelum ini, aktres penuh
karakter ini menyambut hari lahir dengan hanya menerima hadiah seperti
coklat, bunga dan anak patung, namun pada ulang tahun ke-27 pada tahun
ini, ‘hadiah’ yang diperoleh amat berbeza dan istimewa.

Bak bait lagu nyanyian kumpulan Ungu, Kau Tercipta Untuk Ku yang
berkumandang sejurus sebelum ketibaan Izreen bersama pasangannya,
Muhamad Riza Baharudin atau Riza di Dewan Gemilang, Darulaman Golf &
Country Club, Jitra, Kedah yang menjadi lokasi pernikahan mereka, nyata
Riza pula ‘dicipta' Tuhan untuk Izreen.

Mereka disatukan menerusi simpulan tali suci pernikahan yang mahu
diikat kuat hingga nafas terakhir. Dengan dua kali lafaz penuh berkat,
ijab dan kabul maka termeterai janji setia bagi membina bahtera bahagia
bergelar suami isteri.

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran paling besar dan cukup istimewa
bagi saya. Riza sudi mengahwini saya. Bukan mudah untuk mencari lelaki
yang mahu memberi komitmen,” tutur Izreen.

Pemilihan tarikh ini juga cukup istimewa bagi Izreen kerana ia
ditetapkan sendiri ibunya, Azizah Hasan dan siapa lagi, kalau bukan
Riza.

“Saya seorang yang sangat pelupa, tidak ingat tarikh penting. Jadi
ibu dan Riza memilih 30 Ogos bagi mudah saya ingat kerana ia tarikh
kelahiran saya dan kini menjadi tarikh pernikahan kami,” tutur Izreen
yang cukup terkenal menerusi drama rantaian Juvana dan Tentang Dhia itu.



DENGAN dua kali lafaz, Muhammad Riza Baharudin atau Riza berjaya memperisterikan pelakon Izreen Azminda.




Debaran berakhir

Pasangan raja sehari itu selamat diijab kabul bapa Izreen sendiri,
Mohd. Aznam Mohd. Noor tepat pukul 9.50 malam sambil bersaksikan Zakaria
Abd. Rahman, 61, dan Mohamad Abdullah, 55. Dengan sembilan dulang
hantaran dari Riza berbalas 11 dulang dari Izreen, termaktub juga janji
setia mereka hingga akhir hayat.

Wang hantaran RM19,001 berserta mas kahwin RM999 mengukuhkan lagi ikrar mereka untuk melayari bahtera rumah tangga.

Mengakui begitu berdebar menanti detik bergelar isteri Riza, kata
Izreen bukan sehari dua dia menanggung ‘beban’ itu, tetapi ia bermula
sejak dari tarikh menerima lamaran Riza pada akhir tahun lalu.

“Selagi majlis (perkahwinan) tidak selesai, selagi itu saya
berdebar-debar. Dan rasa sebagai orang baharu, jika sebelum ini bujang
sekarang sudah berdua dan ada tanggungjawab sebagai isteri,” tutur
Izreen yang merupakan anak kedua dari tiga beradik itu.

Dalam pada itu disebabkan inilah pertama kali bergelar isteri, Izreen
yang begitu teruja melihat ikatan perkahwinannya itu sebagai pengalaman
baharu yang amat mencabar.

“Ketika Riza mula melamar dan saya menerimanya, bermakna saya sedia
memikul tanggungjawab sebagai isteri. Riza seorang yang romantik bagi
perempuan macam saya yang kasar dan ada kala agresif.

“Saya kuat memberontak tetapi Riza tenang sahaja. Saya berharap Riza
dapat menjaga saya dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin serta
menyayangi saya dengan sepenuh hati,” bicara Izreen sambil menguntum
senyuman manis.

Riza yang cukup mesra ketika ditemui wartawan usai majlis akad nikah,
pantas berkata: “Apabila tiba tarikh ini (di masa hadapan) saya kena
beri dua hadiah kepada Izreen. Lagipun kami dapat meraikannya serentak
sebagai ulang tahun kelahiran dan perkahwinan.”

Riza pula mengakui dia juga turut dilanda debaran, terutama sejurus sebelum upacara akad nikah dijalankan.

“Saya amat bersyukur kerana debaran menjadi suami berakhir dengan
baik. Ini tanggungjawab Allah kepada saya,”' ujar jurukamera yang sudah
enam tahun bergiat aktif dalam industri perfileman itu.

Bagi lelaki berusia 29 tahun itu, ini bukan perkahwinan kali
pertamanya kerana ‘masjid’ yang dibina sebelum ini tidak ke penghujung.

“Saya akan menjaga Izreen seperti saya jaga diri saya dan menyayangi
dia lebih dari sayang diri sendiri. Saya tidak mahu ulang apa yang
berlaku sebelum ini iaitu bernikah dan bercerai. Kalau boleh biar
perkahwinan ini sampai akhir hayat,” ujar Riza yang berasal dari Sabak
Bernam, Selangor.

Mengulas mengenai sikap kasar Izreen pula, kata Riza, isterinya itu
tetap menyerlah sisi kelembutan dalam dirinya dan itulah yang nyata
telah berjaya memikat hatinya.

“Saya nampak sifat keibuan Izreen apabila melayan kanak-kanak. Moga
Izreen menjadi isteri solehah, untuk mendidik dan menjaga anak-anak saya
sampai pandai dan jangan cepat marah,” seloroh Riza yang mengimpikan
tiga orang cahaya mata.



IZREEN ditakdirkan terpaksa
menjalani ujian getir berpisah dengan Riza kira-kira 24 jam selepas
berlangsungnya majlis persandingan mereka ini pada malam Jumaat lepas.




Hikmah kontroversi

Apabila menyebut nama Izreen dan Riza, sejarah ‘hitam’ tidak boleh
lari dari diari hidup mereka dengan himpitan kontroversi. Izreen diuji
gara-gara pernah mendakwa bercinta dengan aktor Johan As’ari yang
bergandingan dengannya dalam drama Juvana, sedangkan Johan tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium
media, timbul pula kontroversi pada pihak Riza. Seperti biasa laman
internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza
sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan
mereka.

Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang
didakwa menghantar emel menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang
pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda, dia
merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas
tunangan orang.

Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan
bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes mereka
juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang
ketika itu sarat mengandung anak pertama mereka.

Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan
masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video
sepanjang percutian mereka itu. Rafeda turut didakwa pernah mengandung
anak luar nikah daripada benih Riza, tetapi Riza telah mengambil
keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza
masih bergelar suami kepada Julia.

Dari sudut pandang Izreen, kontroversi itu banyak mengajarnya supaya
lebih berhati-hati pada kemudian hari dan percaya apa yang berlaku itu
ada hikmah.

“Ia mengajar saya menjadi lebih baik. Saya berjumpa dengan orang yang
lebih baik. Fikir positif ke depan, kontroversi mengajar saya sebagai
pendatang baharu dalam industri,” tutur Izreen.

Menurut Izreen, ketika mengharungi kontroversi tersebut, dia menerima
banyak sokongan serta semangat daripada keluarga, rakan-rakan dan
peminat sekali gus dapat mengharungi tahun 2012 dengan ‘bersih’.

“Tahun ini membuatkan saya boleh bernafas dengan tenang sebab tahun
lepas nak buat kerja pun tidak boleh. Apa pun, tahun ini saya banyak
dekatkan diri dengan penonton menerusi karakter dalam lakonan dan banyak
fokus kepada kerjaya. Peminat mengenali saya dengan lakonan, bukan lagi
kontroversi.

“Apa yang berlaku, kita perlu selidik dahulu. Harap dengan pernikahan
ini dapat menutup kontroversi lalu dan mendatang. Saya minta peminat
doakan yang terbaik untuk kami,” ujar Izreen yang membintangi dua buah
filem pada tahun depan iaitu Pecah dan Pak Pong.

Riza yang turut menjadi ‘watak utama’ dalam pakej kontroversi itu
sudah tidak mahu lagi mengingatinya kerana telah menjelasnya sebelum ini
dan meminta pihak terbabit tampil dengan bukti.

“Tiada pun pihak yang tampilkan bukti. Nyata perkara ini fitnah dan
tidak wujud sebaliknya sengaja diada-adakan. Kami harus saling
mempercayai,” ujar Riza yang terlibat dalam penggambaran drama bersiri
13 episod, Monumen Cinta untuk slot Lestari selepas ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum