Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Veteran perang bunuh diri

View previous topic View next topic Go down

Veteran perang bunuh diri

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 4:25 am

Veteran perang bunuh diri (Kosmo)





MICHAEL (tengah) bersama ibu bapanya sewaktu berkhidmat dalam pasukan tentera AS suatu masa dahulu.




PADA waktu tengah hari dalam musim panas tahun 2009 di Champion,
Ohio, Michael Ecker yang merupakan veteran perang Iraq berusia 25 tahun
memanggil bapanya ke sebuah kawasan hijau di belakang kediaman mereka.
Sejurus bapanya sampai, Michael memberi tabik hormat, menghala pistol ke
arah diri sendiri dan menarik picunya.

"Matanya terbuntang. Tiada apa yang dapat saya lakukan," keluh bapanya, Matt ketika mengenang tragedi itu.

Beberapa minggu sebelum itu, Michael menerima sepucuk surat daripada
Jabatan Hal Ehwal Veteran (VA) yang mendakwa dia membesar-besarkan tahap
masalah psikiatri yang dialaminya.

Ia terjadi berikutan gangguan berterusan Michael yang didiagnosis
mengalami kecederaan trauma otak sepanjang dia berada di medan perang.

Sekembalinya ke tanah air selepas perang, dia cuba mendapatkan
pekerjaan tetap, menikmati faedah kurang upaya daripada VA dan
menyambung kehidupan senormal mungkin.

"Saya terfikir untuk mencari doktor tersebut dan mengherdik:
Membesar-besarkan masalah? sambil menunjukkan sijil kematian anak saya,"
kata Matt.

Isu kritikal

Setiap setengah jam di Amerika Syarikat (AS), seorang veteran dalam sistem penjagaan kesihatan VA dilaporkan membunuh diri.

Presiden Barack Obama sendiri memberi perhatian kepada usaha
menghalang insiden bunuh diri sebagai satu keutamaan dalam isu veteran
tentera semasa berkempen pada tahun 2008.

Beliau malah memetik kes seorang veteran Perang Dunia Kedua yang
bertindak meragut nyawa sendiri selepas mengadu tentang masalah rawatan
oleh VA.

"Kami perlu melakukan yang lebih baik. Semua usaha perlu dijalankan
segera," ujar beliau dalam satu ceramah di Charleston, West Virginia
pada 12 Mei 2008.

Hampir tiga tahun selepas insiden tragis Michael, pentadbiran Obama
menggandakan usaha untuk menangani masalah bunuh diri dalam kalangan
veteran, yang sebahagian daripadanya dimulakan pada penghujung
pentadbiran Bush.

VA kini menggajikan lebih ramai kakitangan pencegahan kes bunuh diri
dan menaik taraf usaha mengesan pesakit berisiko tinggi. Faedah lain
untuk membantu veteran juga dikembangkan, terutamanya dari segi
pendidikan dalam Akta GI 2008.

Kemungkinan besar perkara yang boleh dibanggakan dalam usaha VA
menentang trend bunuh diri ini adalah penyediaan khidmat talian
sokongan.

Perkhidmatan itu menerima setengah juta panggilan sejak dimulakan
pada 2007 dan membabitkan lebih 20,000 penyelamat yang antara lain
melayan perbualan dalam talian serta penghantaran pesanan ringkas.



MATT melakonkan semula aksi mendiang anaknya, Michael, yang memberi tabik hormat sebelum bertindak menembak kepalanya sendiri.



VA juga mempertingkat usaha pengumpulan data dan angka yang dilihat
bermasalah ialah pada tahun 2011 iaitu sebanyak 17,754 cubaan bunuh diri
direkodkan atau bersamaan dengan kira-kira 48 kes sehari, pertambahan
berbanding 10,888 kes pada 2009.

Dalam tinjauan Reuters di kesemua 50 negeri, hanya 32 buah negeri sahaja yang mempunyai data dari tahun 2005 hingga 2010.

Walaupun berlaku ketidaksempurnaan data, VA menganggarkan
ketepatannya pada 78 peratus hingga 90 peratus dan jabatan itu percaya
angka tersebut konsisten dengan trend yang dipantau mereka,

Kesihatan mental

Menurut Shinseki dalam satu temu bual, masalah bunuh diri dalam
kalangan veteran dilihat berkaitan dengan persoalan lebih besar iaitu
kesihatan mental di seluruh AS itu sendiri dan dia menunjukkan data yang
menunjukkan bunuh diri ialah punca kematian kedua tertinggi bagi
penduduk berusia 25 hingga 34 tahun dan keempat terbesar bagi lingkungan
usia 35 hingga 54 tahun.

"Kita mempunyai masalah. Adakah kesihatan mental menjadi isu di
negara ini? Tiada pihak yang membicarakan hal tersebut," katanya lagi.

Salinan surat VA kepada Michael bertarikh 29 Julai 2009 menunjukkan
jabatan itu menafikan kenaikan faedah dari AS$974 (RM3,035) yang
diterimanya setiap bulan atas alasan 'membesar-besarkan' hal tentang
gangguan emosi dan masalah memori.

VA dalam kenyataannya menyebut, kematian Michael sebagai satu perkara
tragik dan jabatan itu bersimpati dengan keluarga dan orang terdekat
dengan mangsa.

Matt sebagai bapa, masih tertanya-tanya pada diri sendiri setiap hari
sama ada kes yang menimpa Michael dapat dielakkan sekiranya dia
menerima rawatan lebih baik atau mendapat kerjaya yang lebih sesuai
dengan keadaannya.

Matt juga bingung sama ada anaknya itu mungkin mengalami nasib sebaliknya jika kembali kepada VA.

Pergi berperang sememangnya berisiko namun dalam kes melibatkan Michael, pulang dari perang juga satu bentuk risiko.

"Sama sahaja bahayanya kerana di luar sana wujudnya kekurangan
pekerjaan dan pelbagai lagi kekurangan," keluhnya panjang. - Reuters
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum