Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pengalaman pahit mangsa ragut

View previous topic View next topic Go down

Pengalaman pahit mangsa ragut

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 4:23 am

Pengalaman pahit mangsa ragut (Kosmo)









MOHD. JUAN AFFENDI, 32, tidak pernah menyangka akan menjadi mangsa
ragut pecah kereta. Apatah lagi, ketika kejadian keretanya di parkir di
anjung rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Mohd. Juan pula
pada masa itu berada di dalam rumah.

Kereta miliknya, model Kelisa dipercayai sudah menjadi sasaran
kumpulan peragut pecah kereta yang aktif bergerak di kawasan itu.
Keretanya dipecah ketika dia tidur di ruang tamu berseorangan.

“Bahkan mereka mengunci pagar rumah menggunakan kabel supaya suami
saya tidak dapat keluar jika tersedar daripada tidur. Memandangkan dia
memang penggemar kereta, semua barangan aksesori yang mahal dan
berjenama kena kebas,” kata isteri mangsa, Emy Shafinaz, 31, yang berada
di rumah ibunya ketika kejadian.

Antara aksesori yang dirompak ialah pemain skrin sentuh, e-manage,
RSM, boost meter dan lain-lain. Dompet milik Mohd. Juan yang
ditinggalkan dalam kereta turut diambil.

Mohd. Juan memberitahu, dia kerugian kira-kira RM10,000 dalam
kejadian tersebut. “Kami sudah buat laporan polis tetapi tiada sebarang
tangkapan. Sebelum ini, saya diberitahu, dua kereta rakan lain turut
dipecah,” katanya yang kesal dengan kejadian yang semakin
bermaharajalela itu.

Lebih teruk, selepas kejadian, jirannya turut memberitahu Emy mereka
melihat kelibat beberapa orang di anjung rumah mangsa, tetapi tidak
berbuat apa-apa.

Dalam pada itu, seorang pegawai bank, Ashraf Othman, 28,
memberitahu, keseronokan menikmati makan lewat malam bersama
teman-teman di sebuah medan selera popular di Ampang, Kuala Lumpur
baru-baru ini berubah menjadi insiden yang tidak akan dilupakannya.



PERAGUT hanya mahu memastikan mereka bergerak cepat sebelum ditangkap.



Buat kesilapan

“Setelah bersurai, saya kembali ke tempat letak kereta yang terletak
hanya 50 meter dari tempat makan. Alangkah terkejutnya saya apabila
mendapati banyak serpihan kaca bertaburan di tempat duduk belakang.
Rupa-rupanya cermin kereta saya kena pecah,” ujarnya.

Ashraf mengakui walaupun sudah berhati-hati tidak meninggalkan beg di
tempat duduk, dia tetap membuat kesilapan. Dia menyimpan beg di boot
keretanya.

“Saya pasti ketika itu penjenayah sudah melihat tindakan saya lalu
manyangka saya menyimpan komputer riba di boot kereta. Dia mungkin lebih
berani untuk melaksanakan niatnya kerana melihat saya mengunci kereta
secara manual selepas itu,” ujar Ashraf yang kesal dengan kejadian itu
namun bersyukur kerana tidak ada barang berharga di dalam beg tersebut.

Tambahnya, apabila seseorang membuat laporan polis tindakan yang
dibuat selepas itu mungkin hanya meningkatkan kekerapan rondaan
keselamatan di kawasan berkenaan.

“Kita tidak boleh mengharapkan bantuan polis sahaja. Kita perlu
mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Beg, dompet, bungkusan malah
hatta sampul surat sekali pun saya tidak akan tinggalkan di dalam
kereta dan mudah dilihat.



SARIFAH@Wan Sarimah Ismail yang
cedera di muka dan patah tangan kiri dirawat di hospital selepas
diragut oleh seorang lelaki di Kampung Baru Pasir Pekan, Tumpat.




“Mereka yang terdesak boleh melakukan apa sahaja untuk
mendapatkannya, walaupun mendapati tiada barangan berharga yang boleh
dilarikan,” kata Ashraf.

Kosmo! juga turut menemuramah seorang wanita yang diragut baru-baru
ini. Walaupun keretanya tidak dipecah, tetapi kejadian yang berlaku di
lokasi yang agak sibuk. Ketika kejadian A.Shanty, 37, meletak kereta
di hadapan deretan kedai. Selepas membeli makanan tengah hari di Seksyen
5, Petaling Jaya, rantai Shanti yang juga merupakan rantai suci
perkahwinan bernilai kira-kira RM8,000 diragut sekumpulan peragut yang
terdiri daripada tiga hingga enam orang.

“Saya pasti tiada sesiapa di situ. Selepas saya membeli makanan saya
menyedari ada sekumpulan lelaki sedang berbual dan duduk di atas
motosikal. Mereka pandang saya sepintas lalu dan terus berbual. Sebaik
saya mendekati kereta, mereka terus meragut rantai saya dan ia berlaku
sangat cepat,” katanya yang mengakui orang ramai di situ hanya sedar
sebaik dia menjerit sekuat-kuat hati.



SEORANG mangsa ragut, Rohairani
Abdullah dibantu orang ramai selepas tangan kirinya ditetak oleh
peragut di hadapan sebuah kedai pakaian di Kota Bharu, Kelantan
baru-baru ini.




Dapatkan duit

Mengakui trend ragut masa kini tertumpu kepada pecah kereta sama ada
yang berhenti sewaktu trafik atau parkir mahupun di hadapan rumah,
Kosmo! berpeluang mendekati seorang lelaki yang pernah melakukan
aktiviti ragut.

Walaupun tidak terlibat lagi dalam jenayah itu, lelaki yang hanya
mahu dikenali sebagai Micheal, 26, memberitahu, dia masih berkawan
dengan rakan-rakan peragut yang lain. “Apabila keluarga saya mendapat
tahu, saya pun berhenti. Ibu telah memberi amaran keras,” katanya.

Michael dari Shah Alam berkata, pertama kali dia mula meragut selepas
tamat belajar, perbuatan yang dilakukan sekadar suka-suka untuk
menambah nilai telefon. Lama-kelamaan meragut menjadi satu ‘kerjaya’
baginya untuk mendapatkan duit. Sekali ragut, beg, barang kemas, jam
tangan, telefon bimbit, aksesori kereta, Micheal akan mendapat habuan
sekurang-kurangnya RM2,000.

Peragut tidak kisah siapa mangsa mereka, tetapi mereka lebih
cenderung meragut wanita kerana ia lebih mudah. “Saya tidak pernah
meragut lelaki kerana saya sendiri berbadan kecil. Tetapi wanita, saya
tidak kisah, walaupun mereka besar. Adakalanya mereka serang kembali dan
berjaya mengagalkan cubaan meragut, itu perkara biasa,” katanya. Dia
juga memberitahu ada peragut yang mengambil ganja atau pil khayal supaya
tidak terlalu beremosi ketika meragut.



JENAYAH pecah kereta dan
ragut atau rompak semakin menjadi-jadi di kawasan di mana kereta
terpaksa di parkir jauh daripada rumah atau pandangan pemilik.



Micheal juga berkongsi rahsia peragut. Lazimnya, mereka menggunakan
motosikal dan telefon bimbit curi. Nombor plat palsu dan tidak membawa
apa-apa identiti diri. “Ini nasihat seorang ‘abang’ kapada saya. Katanya
kalau ada tercicir atau terjatuh, kena tangkap orang ramai, mudah
menyelamatkan diri. Tidak perlu fikir mengenai motosikal, telefon atau
lain-lain,” katanya.

Michael memberitahu, ‘abang’nya yang juga seorang peragut berusia dua
tahun lebih tua daripadanya menasihati dia supaya bergerak cepat,
tidak memberi masa yang lama kepada mangsa. “Tak kisahlah, kami dapat
atau tidak, yang penting kena cepat, sebelum mangsa mampu fikir
melepaskan diri.”

Ditanya tentang kelakuan tidak senonoh atau serangan seksual kepada
mangsa ragut, Micheal bersumpah dia tidak pernah melakukan perbuatan
tersebut. Namun, ketika bergerak dalam kumpulan, ada rakan-rakan peragut
yang lain mengambil kesempatan.

Walaupun kini sudah insaf Micheal berkata, dia tetap berkawan dengan
rakan peragut yang lain. “Saya berkawan untuk memastikan mereka tidak
mengacau ahli keluarga atau sesiapa yang saya kenali.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum