Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM paksa Kelantan bekerja keras

View previous topic View next topic Go down

ATM paksa Kelantan bekerja keras

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 3:54 am

ATM paksa Kelantan bekerja keras (Kosmo)



"SAYA harap dapat bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini."

Demikian reaksi pengendali The Red Warriors, Bojan
Hodak sejurus pasukannya dipaksa berhempas pulas sebelum berjaya
menjinakkan ATM 4-3 dalam aksi penuh dramatik saingan peringkat Kumpulan
B Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin,
lapor YATIMIN ABDULLAH.

Hodak mengakui ATM merupakan sebuah pasukan hebat yang dibarisi ramai
pemain berkualiti terutama pemain import mereka, Bruno Sebastian
Marteloto sehinga berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan
Kelantan.

"Bruno Marteloto seorang pemain hebat dan mempunyai pergerakan yang
cukup lincah sehingga sukar untuk dikawal. Bila kita memperlahankan
rentak perlawanan, Bruno akan menggunakan kesempatan tersebut untuk
melancarkan asakan.

"Selain itu, ketiga-tiga jaringan ATM adalah hasil gerak menarik
dimulakan oleh pemain tersebut yang berjaya membentuk persefahaman baik
bersama pemain lain di dalam pasukan," katanya semalam.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Hodak memberitahu, tiga mata
yang diraih pasukannya cukup berharga bagi mencerahkan peluang mara ke
pusingan suku akhir.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan keputusan ini. Pada 20 minit
pertama, kita beraksi dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan jaringan
awal selain mengucar-kacirkan pertahanan lawan sebelum mereka bangkit
untuk mendahului kita.

"Bersambung babak kedua selepas mereka mendahului, saya mengingatkan pemain bahawa kita perlu menang dalam perlawanan ini.

"Kita beraksi dengan baik pada babak kedua dan berjaya mencipta
peluang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan
tersebut," ujarnnya.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan kini berkongsi mata dengan
ATM dan kembali mencerahkan peluang mara ke pusingan suku akhir.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum