Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Padah menanti Sharbinee

View previous topic View next topic Go down

Padah menanti Sharbinee

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 3:53 am

Padah menanti Sharbinee (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
KESILAPAN penjaga gol Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee yang
membenarkan Kedah menyamakan kedudukan 1-1 dalam saingan Kumpulan B
Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala
Terengganu malam kelmarin bakal mengundang padah kepada dirinya.

"Saya memang sangat kecewa dengan tindakannya (Sharbinee). Saya juga
kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar (Datuk
Seri Ahmad Said) di atas tindakannya itu.

"Apa yang dia buat itu memang salah. Ini bukan kali pertama dia
melakukan kesilapan seperti itu dan ia memang dilihat keterlaluan," kata
pengendali Penyu, Peter James Butler.

Mengulas lanjut, Butler berkata, skuad Penyu tidak akan maju sekiranya pemain seperti itu terus kekal dalam pasukan.

"Saya tidak perlukan pemain yang tidak jujur (dalam pasukan), saya mahu yang berdisiplin.

"Keputusan malam ini (kelmarin) sangat tidak relevan. Tidak kira
menang atau kalah. Mungkin selamat jika saya katakan dia (Sharbinee)
tidak akan berada dalam kesebelasan utama lagi selepas ini," katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Terengganu bermain dengan cukup baik
apabila mendahului seawal minit ke-20 hasil tendangan percuma daripada
luar kotak penalti oleh penyerang import, Francis Forkey Doe.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar
kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-62 hasil tendangan penjuru
yang gagal ditangkap penjaga gol tuan rumah, Sharbinee Allawee.

Ia sekali gus telah membuatkan Butler menggantikan Sharbinee dengan penjaga gol simpanan, Md. Sharmiza Yusof.

Dalam pada itu, Butler memberitahu, skuad kendaliannya akan terus berjuang dalam baki dua perlawanan Piala Malaysia.

"Kita mempunyai maruah dan akan terus berjuang menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan kelak," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum