Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wan Zack ketepi sentimen peribadi

View previous topic View next topic Go down

Wan Zack ketepi sentimen peribadi

Post by Park Deen on Mon Sep 03, 2012 3:49 am

Wan Zack ketepi sentimen peribadi (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


WAN ZACK (kiri) turut mencatat nama
sebagai penjaring pada aksi menentang Singapore Armed Forces pada
saingan Liga Singapura semalam.




PELEDAK berbisa Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Noor jelas tidak
memikirkan sentimen 'luar padang' berhubung masa depannya bersama kelab
divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Buktinya, Wan Zack, 21, berjaya meledak satu gol ketika membantu
Harimau Muda 'mengerjakan' Singapore Armed Forces dengan keputusan 4-1
dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun, Singapura malam
kelmarin.

Menurut Wan Zack, dia sentiasa percaya kepada rezeki yang
dianugerahkan Tuhan, justeru tidak bermakna konsentrasinya terjejas
meskipun belum mendapat sebarang pengesahan 'hitam-putih' daripada kelab
yang berpangkalan di Okinawa itu.

"Sejujurnya saya gembira dengan pengalaman yang diraih sepanjang
berada di Jepun tetapi jika dipilih sudah tentu ia cukup mengujakan.

"Saya percaya rezeki berada di mana-mana tidak kira di Jepun mahupun
di Eropah, seandainya masa masih belum tiba saya mahu fokus bersama
Harimau Muda dalam saingan Liga S terlebih dahulu," katanya kepada Kosmo!.

Misteri mengenai masa depan Wan Zack bersama rakan sepasukannya, Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria, 21, bersama FC Ryukyu masih belum ternoktah
biarpun latihan pemilihan selama 19 hari bersama skuad kendalian Takeo
Matsuda itu telah pun berakhir pada 28 Julai lalu.

Dalam pada itu, Wan Zack juga tidak meletakkan sasaran tertentu untuk
muncul sebagai penjaring terbanyak Liga S musim ini biarpun telah
meledak empat gol bersama Harimau Muda setakat ini.

"Kalau sentiasa menjaringkan gol sememangnya bonus, cuma saya lebih
menumpukan perhatian membantu Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya
menamatkan saingan di tangga kelima liga musim ini," jelasnya sambil
memberitahu tidak lagi dibelenggu kecederaan harmstring paha kanannya
sebelum ini.

Dalam perlawanan kelmarin, seorang lagi penyerang berbisa negara,
Ahmad Hazwan Bakri juga kembali menemui sentuhan selepas meledak hatrik
sekali gus muncul penjaring terbanyak Harimau Muda dalam aksi Liga S
dengan enam gol setakat ini.

Gol saguhati Armed Forces pula dijaringkan Mislav Karoglan pada masa
kecederaan. Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Ong Kim Swee kini
melonjak ke tangga keempat Liga S dengan 32 mata selepas 17 perlawanan.

Ia merupakan aksi terakhir anak-anak buah Kim Swee dalam saingan Liga
S sebelum 'berehat seketika' bagi menyertai kejohanan jemputan Piala
SCTV di Indonesia selama lima hari bermula 6 September depan.

Mereka hanya akan kembali meneruskan perjuangan dalam saingan Liga S
menentang Home United di Stadium Yishun pada 15 September depan.

Kesibukan jadual Harimau Muda juga tidak berakhir di situ sahaja
apabila mereka bakal menyertai satu lagi kejohanan jemputan iaitu
Newspaper Cup di Vietnam pada Oktober depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum