Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dunia gajet budak dua tahun

View previous topic View next topic Go down

Dunia gajet budak dua tahun

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 5:00 am

Dunia gajet budak dua tahun (KOSMO)



Oleh NOORSYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


IBU bapa perlu mengawal tahap pendedahan gajet elektronik kepada anak-anak.




KEMAJUAN teknologi banyak memberi kesan kepada perkembangan minda
kanak-kanak. Bayangkan, budak berusia dua tahun sudah disogokkan dengan
bermacam-macam peranti eletronik.

Itu tidak termasuk permainan video yang membuatkan ramai kanak-kanak
terpaku, selain televisyen, telefon pintar, komputer riba dan permainan
video.

Golongan itu kini dilihat sebagai pengguna yang aktif hinggakan
banyak produk elektronik secara komersial memberi tumpuan kepada
pasaran kanak-kanak.

Mungkin cara mudah untuk seorang kanak-kanak duduk diam dan tidak
mengganggu orang lain ialah dengan menyuruh mereka bermain gajet.

Malangnya, pendedahan yang berlebihan terhadap peralatan moden itu
mampu mendatang kesan negatif sekiranya tidak dikawal oleh orang
dewasa.

Berdasarkan kajian Barbara J. Wilson daripada Universiti
Urbana-Champaign Illinois, Amerika Syarikat, pendedahan media elektronik
kepada kanak-kanak boleh menyumbang kepada ketakutan, kecemasan,
keganasan dan sifat agresif.

Masa

Kajian itu mencadangkan, kawalan oleh orang dewasa diperlukan bagi
memastikan kesesuaian program yang patut didedahkan kepada kanak-kanak
selain kandungan gajet yang disesuaikan dengan usia mereka.

Kajian lain oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hobbycraft, Catriona
Marshall, pula mendapati satu pertiga daripada ibu bapa menyesal memberi
anak mereka alat permainan, telefon bimbit dan komputer.

Sebanyak 34 peratus ibu bapa yang lain melahirkan kebimbangan
mengenai kemahiran kreatif dan sosial serta masa berkualiti yang
dibazirkan si anak hingga menyebabkan mereka mengambil kembali gajet
yang diberikan sebelum itu.

Manakala 67 peratus bimbang tentang jumlah masa yang anak mereka
habiskan di hadapan komputer atau menonton televisyen dan bukannya
menikmati aktiviti tradisional.

“Sebanyak 73 peratus lagi cuba mengehadkan masa anak menggunakan peranti atau menonton televisyen.

“Kebanyakan kanak-kanak telah diberikan gajet dan ibu bapa mendapati keadaan itu sukar diubah sekarang.

“Sesetengah ibu bapa pula menghadapi dilema sama ada mahu memberi
atau membiarkan anak mereka menonton atau bermain apa yang mereka mahu,
atau mengaturkan beberapa permainan dan aktiviti kreatif untuk anak
mereka,” ujarnya.

Tambah Catriona, dengan begitu banyak tekanan yang diberikan kepada
kanak-kanak supaya mereka mencapai keputusan akademik yang cemerlang,
aktiviti kreatif penting dalam membina harga diri dan keyakinan mereka.

Kreatif

Satu kajian yang melibatkan 2,000 ibu bapa kanak-kanak berusia 3
hingga 16 tahun pula mendapati, hampir separuh daripada kanak-kanak
yang dikaji dibekalkan alat permainan mudah alih manakala 50 peratus
lagi memiliki permainan video seperti Nintendo Wii.

Empat dalam 10 kanak-kanak pula didapati disediakan televisyen sendiri di dalam bilik tidur.

Pelbagai jenis gajet yang kini dimiliki oleh kanak-kanak membolehkan
mereka menghabiskan masa sehingga tiga jam sehari dengan menonton
televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet.

Dua pertiga daripada ibu bapa menyalahkan gajet kerana menyebabkan
jumlah masa berkualiti untuk keluarga berkurangan. Disebabkan itu, 80
peratus daripada mereka masih memikirkan hadiah yang boleh diberikan
kepada anak-anak mereka.

Kajian itu juga mendapati bahawa separuh daripada ibu bapa kerap
bertengkar dengan anak-anak tentang penggunaan gajet mereka, iaitu
nisbah satu kepada empat mengatakan ia berlaku setiap hari.

Tetapi 43 peratus mengakui mereka sering memberi dan membiarkan
anak-anak mereka bermain atau menonton apa yang mereka ingini bagi
menjalani kehidupan yang lebih mudah.

Penyelidik juga mendedahkan bahawa 62 peratus ibu bapa mahu anak-anak mereka lebih kreatif.

Walau bagaimanapun, kurang daripada separuh ibu bapa menyatakan anak mereka tahu untuk membuat kapal terbang kertas.

Seorang ahli psikologi media, Emma Kenny, berpendapat, mereka yang
lahir bermula tahun 2000 akan mengalami zaman kanak-kanak yang berlainan
daripada zaman kanak-kanak daripada mana-mana generasi lain.

“Adalah penting untuk mempertimbangkan kesan jangka panjang akibat
kekurangan aktiviti kreatif pada zaman kanak-kanak. Mereka membesar
sebagai orang yang kurang tumpuan, tidak sabar dan kurang mahir
menyelesaikan masalah,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum