Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Haruman pewangi tingkatkan stres

View previous topic View next topic Go down

Haruman pewangi tingkatkan stres

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 4:47 am

Haruman pewangi tingkatkan stres (KOSMO)





ADA orang yang tidak tahan dengan bau pewangi yang dihasilkan daripada bahan kimia.




KEBANYAKAN orang tidak mempunyai masalah wangi rakan sekerja, pewangi
kenderaan atau bau rokok yang melekat pada pakaian terutamanya jika
berada di pejabat.

Namun, bagi sesetengah orang, kepelbagaian aroma yang bercampur baur adalah satu bentuk gangguan yang boleh memberi tekanan.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan
keluarga The Annals, sebenarnya ramai orang yang sensitif dengan bauan
yang menusuk hidung dan tertekan kerananya.

"Tahap kimia yang rendah menjadikan ramai orang berasa sensitif
dengan bauan yang bukan berasaskan semula jadi," kata pensyarah di Pusat
Sains Kesihatan, Universiti Texas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. David
Katerndhal.

Sementara itu, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
pengeluaran kimia di seluruh dunia meningkat hingga empat peratus
setahun.

"Dianggarkan dua peratus manusia menderita gara-gara bauan yang
terhasil daripada kimia pewangi. Menurut pemerhatian saya, seramai 10
peratus daripada 400 responden dewasa tertekan dengan bauan yang
terhasil daripada bahan pewangi kimia.

"Dalam kes yang lebih berat, selain mengalami tekanan, mereka juga
cenderung untuk mendapat gangguan lain seperti bronkitis, asma, radang
paru-paru, resdung, hipertiroid dan migrain.

"Begitupun, sehingga kini, penyelidik masih lagi belum mengenal pasti
kelompok kimia manakah yang paling kerap mengganggu keselesaan orang
ramai.

"Sebagai pengguna, jika anda berasa tidak selesa dengan bau pewangi
di sekitar anda, segeralah beredar untuk menyedut udara yang lebih
menyegarkan," katanya.

EKSTRA: Kandungan nikotin dalam rokok sememangnya boleh memberi kesan
tenang kepada penghisapnya. Ketika rokok dihisap, nikotin bekerja
seolah-oleh memberikan rasa relaks dan nyaman. Tidak hairanlah ramai
yang menyimpan keinginan untuk sentiasa merokok.

Namun, tahukah anda, kebiasaan merokok sehingga 20 batang rokok
sehari boleh memberi risiko pendarahan otak sehingga tiga kali ganda
kepada perokok?

Menurut satu kajian di Korea Selatan, penyelidikan terhadap 426 kes
pendarahan otak antara tahun 2002 hingga 2004, majoritinya berpunca
daripada tabiat merokok.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum