Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kisah mayat berjalan di Sulawesi

View previous topic View next topic Go down

Kisah mayat berjalan di Sulawesi

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 4:45 am

Kisah mayat berjalan di Sulawesi (KOSMO)



Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


SIAP dengan persalinan baharu, mayat akan menerima tunduk hormat daripada ahli keluarganya.




INDONESIA yang dihuni pelbagai etnik sememangnya terkenal dengan
upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual ‘mayat
berjalan’ yang dipanggil ma’nene yang masih diamalkan oleh etnik
Baruppu yang mendiami Tana Toraja di Sulawesi Selatan.

Etnik pribumi yang mendiami kawasan Pergunungan Sesean ini
menganggap semangat ahli keluarga yang telah mati akan kekal bersama
ahli keluarga yang masih hidup. Lantaran itu, mereka sangat menghormati
mayat.

Menurut ketua masyarakat Baruppu, Pongtiku, ma’nene merupakan
ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Ia
diadakan setiap tiga tahun sekali.

“Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat.

“Mayat kemudiannya dibersihkan, dibawa berjalan pulang ke rumah dan dipakaikan pakaian baharu,” katanya.

Upacara ma’nene dipercayai mula diamalkan ratusan tahun dahulu oleh seorang pemburu binatang bernama Pong Rumasek.

“Satu hari, ketika Pong berburu di hutan tebal, dia terjumpa dengan
rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tidak
terurus, dia membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya.

“Selepas itu, mayat itu diletakkan di tempat yang lebih sesuai.

“Sejak itu, rezeki Pong melimpah-ruah. Setiap kali keluar berburu,
dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong, malah hasil tanamannya
semakin menjadi.

“Pong juga dikatakan sering ditunjukkan di mana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu.

“Sejak itu, Pong beranggapan, mayat yang sudah tinggal
tulang-belulang juga perlu dimuliakan dan itu adalah amanatnya yang
menjadi pegangan kaum Baruppu hingga ke hari ini,” jelas Pongtiku.

Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma’nene, persiapan dilakukan sejak awal pagi lagi.

Seperti Tumonglo, seluruh ahli keluarganya akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma’nene untuk membuat persiapan.

“Sebelum mayat dibawa pulang ke rumah, kami perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dulu.

“Upacara ini diraikan bukan sahaja sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung,” ujarnya.

Jelas Tumonglo lagi, walaupun ada dalam kalangan ahli keluarganya
sudah memeluk agama Kristian, mereka masih kuat berpegang kepada adat
Baruppu.

“Mereka tetap hadir untuk menghormati upacara ini. Walaupun tidak
terlibat secara langsung, sekurang-kurangnya mereka masih datang untuk
meraikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.

Selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar
ahli keluarga akan pergi ke kawasan perkuburan di tebing gunung batu
Tunuan bagi menunggu keranda milik datuk Tumonglo yang meninggal dunia
tahun lalu dibawa turun.

“Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi
mengelakkannya daripada terjatuh. Sebarang kecuaian boleh merosakkan
keadaan mayat di dalamnya, ” ujar lelaki ini.



MAYAT yang telah diberi persalinan baharu akan disimpan semula di liang batu.




Sementara itu, di bawah tebing kubur, waris-waris lelaki akan
berganding tangan membentuk bulatan sambil meratib ma’bong bagi
mengiringi keranda yang diturunkan.

“Ma’bong adalah satu lagu yang melambangkan ratapan sedih ahli keluarga yang ditinggalkan si mati.

“Bait-bait liriknya juga memberi semangat kepada waris yang masih
hidup untuk lebih bersemangat selepas ketiadaan si mati,” katanya.

Sebaik sahaja keranda kusam berbungkus kain merah itu mencecah papan pelantar, jasad mayat datuk Tumonglo dikeluarkan.

“Sebaik sahaja dikeluarkan, mayat akan diletakkan dalam posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah.

“Sesampainya di rumah, rangka akan dibersihkan menggunakan berus halus.

“Dalam upacara ma’nene, waris mesti memastikan mayat tidak mencecah tanah dalam apa keadaan sekali pun. Itu pantang larangnya.

“Apabila mayat sudah bersih, pakaiannya digantikan dengan
persalinan baharu. Tahun ini, saya memilih kemeja batik serta sepasang
sut berwarna hitam untuk datuk.

“Selepas semuanya selesai, mayat akan terus dibiarkan berdiri. Jika
si mati itu adalah orang tua, anak-anak akan pergi kepadanya dan memberi
tunduk hormat.

“Jika si mati masih mempunyai ibu bapa, mayat akan dibawa berjalan
untuk menghadap orang tuanya bagi mendapatkan sembah restu dan memohon
doa,” katanya lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum