Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Nikah November?

View previous topic View next topic Go down

Nikah November?

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 4:11 am

Nikah November?(HARIAN METRO)
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my



SIBUK... Rozita terbabit dalam beberapa drama dan filem hingga Oktober.

DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan jejaka kacak, muda dan
popular, Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya apabila
membuat keputusan untuk bernikah dengan jejaka pilihan hati, ahli
perniagaan berasal dari selatan tanah air.

Sebelum ini, beberapa pelakon lelaki muda dan kacak sering
dikaitkan dengannya, termasuk juara Akademi Fantasia musim kelapan
Shahir, Zain Saidin dan terbaru, Beego. Pelakon asal Alor Setar, Kedah
itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan intim dengan ahli perniagaan
berasal dari Singapura.

Menurut sumber yang memberitahu berita gembira ini kepada
Selebriti, lelaki yang mahu menikahi Rozita atau lebih mesra dengan
panggilan Cik Ta itu bukan ahli perniagaan berasal dari Singapura,
sebaliknya menetap dan mempunyai empayar perniagaan di Johor Bahru,
Johor.

Mereka berdua dikatakan sudah lama berkenalan dan ternyata apa
ditegaskan Cik Ta sebelum ini bahawa dia dan semua pelakon muda dan
kacak itu hanya kawan rapat adalah benar.

Jejaka yang dipanggil dengan panggilan Bob itu dikatakan sudah lama
melamar Rozita, namun baru sekarang pelakon yang popular dengan siri
drama Kiah Pekasam itu bersetuju.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum