Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Safee simpati nasib Muslim, Ismail

View previous topic View next topic Go down

Safee simpati nasib Muslim, Ismail

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 4:05 am

Safee simpati nasib Muslim, Ismail (KOSMO)





SAFEE (kiri) melayan kerenah para
peminat pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Alma, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang semalam.




PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali berharap sebuah
persatuan pemain bola sepak profesional diwujudkan bagi membantu,
menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dapat dibela sekiranya
mereka menghadapi masalah.

Pemain kelab Indonesia, Pelita Jaya FC itu berkata, bola sepak negara
sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya

Keadaan itu memerlukan satu pihak yang profesional serta aktif untuk melindungi para pemain.

"Contohnya, situasi yang dialami dua pemain Terengganu iaitu Muslim
Ahmad dan Ismail Faruqi. Betapa perlunya persatuan pemain bola sepak
profesional di negara ini ditubuhkan. Kewujudan persatuan tersebut dapat
menangani masalah yang dihadapi oleh pemain dengan sewajarnya.

"Saya amat simpati dengan keadaan yang dialami kedua-dua rakan saya
itu, hingga diaibkan sampai begitu sekali," katanya pada majlis sambutan
Hari Raya SYM (Sanyang Motor) Bersama Safee Sali di kilang syarikat
permotoran terbabit di Alma, Bukit Mertajam semalam.

Bekas pemain Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak itu mengulas mengenai
nasib dua tonggak Terengganu tersebut yang didakwa jurulatih, Peter
Butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Setar pada
awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang
Kedah, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu menfikan tuduhan tersebut dan
menganggap sebagai satu fitnah yang dilemparkan kepada mereka serta
bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Safee yang juga Duta SYM berkata, pemain bola sepak negara ini amat
memerlukan satu pihak yang dapat bertindak melindungi mereka seperti
yang dilakukan oleh pemain di Indonesia.

Katanya, persatuan pemain bola sepak di republik itu begitu aktif dalam menjaga dan memberi panduan kepada pemain mereka.

"Bermacam hal dalam melindungi pemain dilakukan persatuan mereka
hingga ke soal gaji turut dipantau, hingga ada yang merujuknya ke
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya.

Sementara itu, Safee berkata, fenomena pihak industri semakin banyak
memilih pemain bola sepak sebagai ikon produk mereka juga memerlukan
satu anjakan daripada pemain itu sendiri.

Katanya pemain bola sepak atau atlet harus lebih berpengetahuan
supaya tidak mudah diperdayakan dan diambil kesempatan terhadap
populariti yang dipergunakan ke atas mereka.

"Mereka (pemain bola sepak dan atlet) perlu lebih peka dan memahami
prosedur sebelum bersetuju atau menandatangani sebarang kontrak bersama
syarikat yang ada," katanya.

Beliau berkata, mereka juga seharusnya bertindak secara profesional
dengan melantik mana-mana pihak yang lebih berpengetahuan untuk
menguruskan karier kerana pendapatan tidak hanya datang dari arena sukan
sahaja. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum