Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gelora pantai timur

View previous topic View next topic Go down

Gelora pantai timur

Post by Park Deen on Sun Sep 02, 2012 4:02 am

Gelora pantai timur (KOSMO)









PERTEMUAN antara Terengganu dan Kedah pada aksi Kumpulan B kempen
Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu malam tadi dicemari insiden ‘panas’.

Pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 itu, tiga kad merah telah
dilayangkan, masing-masing satu kepada penyerang import Terengganu,
Francis Forkey Doe dan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias serta
dan rakan sepasukan, Wan Mohd Shukri.

Terengganu yang terdesak untuk meraih kemenangan bagi menghidupkan
peluang untuk mara ke peringkat suku akhir terpaksa menerima padah
apabila perlawanan tersebut dicemari insiden pergaduhan yang dicetuskan
oleh pemain kedua-dua pasukan pada minit ke-75.

Insiden itu bermula apabila Forkey Doe mengkasari Mohd. Helmi Eliza.

Kedah terus menerima tamparan apabila seorang lagi pemain, Wan Mohd.
Shukri diarah keluar padang selepas mengasari pemain gantian, Abdul
Manaf Mamat pada masa kecederaan.

Lebih teruk, pengendali skuad Penyu, Peter James Butler kelihatan
bertengkar sesama sendiri dengan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee
Ramli selepas digantikan dengan Mohd. Sharmiza Yusoff pada minit ke-25.

Forkey Doe membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-20
sebelum Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut pada
minit ke-63.

Sementara itu, Kelantan berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) apabila mencatat kemenangan tipis 4-3 dalam aksi
sengit di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Skuad Kijang mendahului perlawanan menerusi Mohd. Afiq Azmi pada
minit ke-8 sebelum penyerang import ATM, Marlon Alex James menyamakan
kedudukan pada minit ke-27.

Skuad kendalian Bojan Hodak kembali di depan hasil jaringan
Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 sebelum Marlon (ke-36) dan
Hairuddin Omar (ke-43) meletakkan ATM kembali di depan.

Mohd. Nor Farhan Muhammad mengikat kedudukan sebelum pemain gantian
Nurul Azuan Roya muncul wira Kelantan apabila menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-86, sekali gus memastikan skuad The Red
Warriors meraih tiga mata di laman sendiri.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum