Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

2 manusia paling kerdil bertemu

View previous topic View next topic Go down

2 manusia paling kerdil bertemu

Post by Park Deen on Fri Aug 31, 2012 10:45 am

2 manusia paling kerdil bertemu (Kosmo)



CHANDRA bersama Jyoti mempamerkan edisi terbaru Buku Rekod Guinness yang turut memuatkan nama mereka.


KEUNIKAN Chandra dan Jyoti jelas dapat dilihat ketika mereka digandingkan dengan lelaki normal.

LONDON: Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali
pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’
mereka, lapor media semalam.

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka
dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran
edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.

Lelaki dari Nepal
dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian
mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun
dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra
bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran
buku berkenaan.

Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing.
Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali
pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung.
Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara
Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya
walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.

Jyoti- berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia
menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu.

Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter.

Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.

Dia dijadual melawat Britain bagi membantu pelancaran buku Rekod Dunia
Guinness, bulan depan. Kata Jyoti, dia tidak sabar membuat kunjungan ke
Britain. “Saya suka mengembara dan sejak mendapat pengiktirafan
Guinness, saya berpeluang melawat banyak negara luar seperti Jepun dan
Eropah,” katanya. Sementara itu, Chandra amat teruja apabila namanya
tercatat dalam buku rekod dunia kali ini. “Ia jadi kebanggaan kepada
saya, keluarga, kampung dan negara,” katanya. Dia dibesarkan di Kampung
Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya
dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu. Chandra meninggalkan
kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi
Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.

Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum