Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rita cabar Jue

View previous topic View next topic Go down

Rita cabar Jue

Post by Park Deen on Fri Aug 31, 2012 10:38 am

Rita cabar Jue (Harian Metro)
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

“SAYA cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

“Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia
membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata pelakon jelita, Rita
Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang
mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya
juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Rita Rudaini yang menghubungi Rap, Rabu lalu, melahirkan rasa kesal,
terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan
menerusi akhbar ini pada hari yang sama, Jue mendakwa Rita menuduhnya
dan Aidil mempunyai hubungan.

Antara petikan kenyataan Jue: “Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya
ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan
suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya
dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya dengan suaminya untuk
meraih simpati masyarakat.”

Satu lagi kenyataan Jue: “Jika benar saya ada keluar dengan Aidil,
tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak
kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran
di luar ibu kota.”

Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai
penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya
keterlaluan.

“Seperti yang saya jelaskan dalam siaran akhbar ini, Rabu lalu, saya
sendiri dimaklumkan gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue melalui
rakan media yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen apabila suami
saya dikatakan rapat dengan pelakon itu.

“Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah
sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus
bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

“Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak
senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan
wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai
skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua
membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

“Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac
lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah
tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya
biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri,”
katanya.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas oleh Rita
apabila wanita itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru
produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

“Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu?

“Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta
penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti
yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil
ingin buat.

“Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya
boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam
industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

“Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni
ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan
pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi
drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur
atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu.

“Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada ‘job’
tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh
perhatian kepada keluarga.

“Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan
kontroversi melainkan isu ‘kahwin lari’ itupun kerana ingin melakukan
perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat
kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya
yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka
aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

“Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan
jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri
bukan seorang artis yang boleh dianggap ‘bersih dan bebas’ kontroversi,”
kata Rita.

Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung
tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM
Aidil dan pemain bola sepak itu, baru-baru ini ada berhubung dengan Jue
untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita
serahkan pada umum untuk menilai.

“Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai
dilaporkan Harian Metro, Rabu lalu menilai sendiri. Saya percaya pembaca
bijak menilai.

“Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan
gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat
demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi
isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat ‘retak
menanti belah’.

“Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang
dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki
berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus
menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri
lelaki itu pada umum,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum