Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Tiada tawaran rasmi buat Asraruddin'

View previous topic View next topic Go down

'Tiada tawaran rasmi buat Asraruddin'

Post by Park Deen on Fri Aug 31, 2012 10:16 am

'Tiada tawaran rasmi buat Asraruddin' (Kosmo)



PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menegaskan bahawa pihaknya masih
belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana kelab Eropah
yang berminat mendapatkan pemain pertahanan mereka, Mohd. Asraruddin
Putra Omar, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, setakat ini
pihaknya masih belum menerima tawaran 'hitam-putih' daripada kelab-kelab
berkenaan.

"Buat masa ini, saya enggan mengulas lanjut me- mandangkan kami belum
dimaklumkan secara rasmi berhubung perkara itu," katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Asraruddin, 24, kini berada dalam radar
dua kelab Eropah iaitu pasukan daripada Liga Divisyen Lima Sepanyol,
Internacional FC dan juga pasukan daripada Liga Divisyen Dua Portugal,
OS Belenenses.

Tegas Hamidin, FAS hanya akan tampil membuat kenyataan sekiranya
kelab-kelab tersebut telah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapat
Asraruddin.

Menurut beliau, ia seperti mana pemergian bekas penyerang sensasi
Selangor, Mohd. Safee Sali yang berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita
Jaya pada Februari tahun lalu.

"Saya mahu mengingatkan kepada mana-mana pemain supaya jangan cepat teruja," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum