Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

CERITA PADANG

Go down

CERITA PADANG

Post by Park Deen on Fri Oct 28, 2011 11:00 am


MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL





MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL
(Amir Sharifuddin Wong)

PENDAHULUAN
Apabila
keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk
melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada
tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan
melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada
masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) –
bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).
Terdapat banyak
situasi di dalam permainan, Pengadil membuat keputusan yang tidak
semestinya sejajar dengan 17 Undang-undang itu. Kebolehan membuat
interpretasi adalah asset utama dalam kuasa Pengadil. Kefahaman yang
mendalam terhadap 17 Undang-undang itu tidak cukup untu menghasilkan
seorang pengadil yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan
menggunakan Undang-undang sebagai komponen utama, digembelingkan dengan
naluri logik, penilaian kendiri, perbincangan pasca perlawanan, ‘Spirit
of the Game’ dan ‘Fair Play’.
Untuk membolehkan Pengadil membuat
keputusan yang betul, pengetahuan yang menyeluruh tentang Undang-undang
adalah penting. Adalah tidak adil kepada pemain, jika Pengadil membuat
keputusan yang salah berpandu kepada kekurangan pengetahuan
Undang-undang. Kecergasan fizikal dan mental membantu dalam membuat
keputusan yang tepat. Sifat mudah menjadi letih di dalam permainan boleh
menggangui kebolehan untuk membuat keputusan yang betul. Oleh itu,
Pengadil yang letih mudah melakukan kesilapan dalam proses membuat
keputusan. Pengadil yang terlalu letih, atau mempunyai kesan sampingan
yang lepas (past or prior experiences) tidak boleh mengadili dengan
sempurna. Keputusan di dalam padang perlu dibuat dengan pantas, yakin
dan tenang. Mempercayai diri sendiri dan keyakinan akan keputusan
sendiri akan menjadikan keputusan itu betul.
“Untuk menjadi pengadil
yang baik, anda perlu boleh mengasingkan diri dari pemain-pemain dan
pemain yang sering mengerang atau berkata-kata setiap kali anda membuat
keputusan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda akan terseksa
sebagai Pengadil. Setiap situasi keputusan Pengadil perlu dibuat
seolah-olah ia adalah keputusan pertama di dalam perlawanan tersebut.
Pengadil tidak boleh membawa bersamanya ingatan lepas. “Setiap pengadil
mempunyai mata yang baik dan telinga yang buruk” – Jan Wegereef.
Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan:
1. Keputusan ‘Statuatory’ – berdasarkan Undang-undang
2. Keputusan Interpretasi – pendapat Pengadil
3. Keputusan ‘Impossible’ – ‘best guess’, ‘benefit of the doubt’ atau equal decision’
4. Keputusan ‘Critical’ – memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian

1. Keputusan ‘Statuatory’
Keputusan
dibuat berpandukan Undang-undang Permainan. Sebagai contohnya, pemain
yang memukul mesti diperintah keluar; lontaran ke dalam adalah permulaan
semula yang betul jika boleh melintasi garisan tepi; Jika pengadil
mengesahkan suatu jaringan, dia tidak boleh membatalkannya jika
permainan telah dimulakan semula; pemain tidak boleh ofsaid jika
menerima bola terus dari suatu sepakan gol.
Keputusan ini bergantung
kepada pengetahuan Pengadil terhadap Undang-undang serta mengemaskini
diri kepada perkembangan terkini. Keputusan ini paling mudah kerana
pengadil tahu atau sepatutnya tahu, hukuman bagi semua kesalahan.
Perkara lain ialah syarat-syarat ketika sepakan gol, sepakan percuma di
dalam atau di luar kawasan penalti, sepakan penalti dan sebagainya.

2. Keputusan Interpretasi
Bolasepak
adalah sukan yang membenarkan Pengadil flesibiliti dalam membuat
interpretasi dan melaksanakan Undang-undang secara subjektif atau ikut
pendapatnya. Walaupun Pengadil dilatih agar konsisten dalam melaksanakan
Undang-undang – keindividualan juga adalah dibenarkan. Setiap Pengadil
mempunyai gaya, had dan tahap ketahanan sendiri. Fleksibiliti ini
menambahkan kepada kesamaran, ketidak-jangkaan dan keseronokan permainan
ini di serata dunia ini. Undang-undang membolehkan Pengadil dan juga
Bolasepak untuk mengekalkan sifat manusia. Pengadil bersifat pengalaman
dan pengubahsuai. Ini membolehkan sifat Pengadil untuk berkembang dan
menambahkan keseronokan perlawanan seterusnya.
Interpretasi
Undang-undang adalah kemahiran yang tercapai dari pengalaman dan juga
perbincangan dengan rakan Pengadil yang lain. Lulus dalam peperiksaan
Pengadil adalah mudah tetapi melaksanakan Undang-undang dan menguruskan
manusia di padang adalah sukar. ‘Common Sense’ dan interpretasi
Undang-undang yang digunakan secara adil membezakan pengadil yang baik
dengan yang tidak.
Contoh keputusan yang menggunakan interpretasi Pengadil adalah:
a. Adakah pemain yang mengkasari pemain perlu diberi amaran?
b. Adakah penyerang yang berkedudukan ofsaid, terlibat dalam permainan aktif?
c. Adakah takel itu salah atau tidak?
d. Adalah ‘handball’ itu sengaja”
e. Bolehkah pengadil membuat jatuhan bola hanya kepada penjaga gol ?

Cara
terpantas untuk pengadil baru mempelajari kemahiran membuat
interpretasi undang-undang ialah dengan mengadili seberapa banyak
perlawanan dan belajar dari pengalaman; berinteraksi dengan rakan
pengadil lain dan membaca bahan pengadilan; dan mempelajari dari
menonton seberapa banyak perlawanan. Pengadil baru yang tidak melakukan
mana-mana cadangan di atas mengabil masa yang lebih lama untuk membina
kemahiran interpretasi undang-undang dan kemahiran mengurus manusia.
Pengadil yang kerap melakukannya akan cepat meningkat dan lebih cepat
diterima oleh masyarakat bola sepak.


3. Keputusan ‘Impossible’
Terdapat
juga keadaan yang menjadi mustahil untuk pengadil membuat keputusan
yang tepat. Sebagai contohnya, tanpa melihat dengan jelas bola keluar
untuk lontaran ke dalam (kepada siapa lontaran itu?); sepakan gol atau
sepakan penjuru? Bola terdorong ke hadapan kepada pemain yang
berkedudukan ofsaid (siapa yang menyentuh bola itu?); pengadil jauh dari
bola (ofsaid atau teruskan permainan?).
Membuat keputusan yang salah
lebih baik dari membuat keputusan yang tidak pasti – dan membuat
keputusan yang salah lebih baik dari tiada keputusan langsung. Jika
kedua-dua pemain bersalah (dangerous play) ada keputusan lebih baik dari
jatuhan bola. Jika keputusan sedemikian perlu dibuat juga anda perlu
kelihatan tegas, cepat, positif, berdiri tegak, beri isyarat jelas,
jangan ubah keputusan atau dipengaruhi, jujur, keputusan anda lebih
penting dari orang lain, keputusan anda kelihatan betul walaupun anda
salah, usah bimbang semua orang berasa anda salah – anda betul.


4. Keputusan ‘Critical’
Keputusan
kritikal adalah keputusan yang mengakibatkan keputusan berubah (gol
atau tidak gol), penalti atau tidak penalti, perintah keluar atau tidak
dan sebagainya. Kemahiran ini membezakan pengadil yang hebat dari
pengadil yang biasa. Pengadil ini akan memperolehi ‘respect’ dari semua
pemain, pegawai dan juga rakan pengadil serta masyarakat bolasepak.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengadil dalam membuat keputusan ini:
a. kecergasan - kelajuan permainan
b. kedudukan atau posisi - jarak insiden dari pengadil
c. penglihatan menyeluruh – clear overall vision
d. pengalaman
e. insiden sebelum di dalam perlawanan yang sama
f. insiden buruk sebelum di dalam perlawanan lepas
g. keberanian
h. tempat atau stadium - keadaan keselamatan stadium
i. faktor-faktor lain.

Adalah
dinasihatkan agar pengadil sentiasa mengikuti rentak permainan) keep up
with play), sentiasa cergas sebaik mungkin (make sure you are as fit as
possible), cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk sentiasa melihat
permainan, dan pelajari Undang-undang secara ‘inside-out’. Ini
membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering
menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan
menghormati keputusan yang kuat (walaupun salah) dari keputusan yang
lemah atau tidak tegas.
Pengadil tidak seharusnya ‘kurang tidur’
merisaukan sama ada telah membuat keputusan yang betul di dalam sesuatu
perlawanan – asalkan dia telah membuat keputusan yang jujur ketika itu.
Walaupun Pengadil atau Penolong Pengadil membuat keputusan yang salah –
ia adalah keputusan yang betul bagi perlawanan tersebut, kerana
keputusan Pengadil berdasarkan kepada fakta adalah muktamad. Keputusan
yang mustahil berlaku dalam sekelip masa, dan pengadil perlu buat
keputusan yang spontan dan teruskan permainan. Jika pengadil menunjukkan
kelemahan atau ketidak-tentuan dalam membuat keputusan, pemain,
penonton, pegawai pasukan akan menggunakan peluang dari itu. Perlu tegas
dan positif dan menerima bahawa keputusan anda itu adalah kesilapan
tulen yang jujur, tetapi ia tentunya tidak dilakukan dengan sengaja.
Tanpa menghiraukan sama ada anda telah memberikan kelebihan (benefitr of
the doubt) kepada pasukan bertahan atau menyerang, atau kedua-duanya,
SENTIASA konsisten sepanjang perlawanan.
Jika anda was-was dan rasa
telah membuat keputusan yang salah, jangan diberitahu kepada pemain –
biar POSITIF dan jangan ubah keputusan asal itu atau mengimbanginya
dengan membuat satu lagi keputusan yang salah untuk pihak lawan.
Terdapat
ketika, sebagai Pengadil anda perlu membuat keputusan yang betul
mengikut Undang-undang, keputusan yang anda tidak gemar atau suka
melakukannya. Biasa bila Pengadil membuat keputusan ini, kepalanya
tunduk sedikit dan bahunya ke hadapan. Oleh itu berdiri tegak dan bahu
ke hadapan ketika membuat keputusan – ini akan mencerminkan ketegasan
dan keyakinan dan membolehkan anda menerima kerjasama dari pemain.
Kadang-kala
sebaik saja Pengadil membuat keputusan dia tiba-tiba sedar akan
kesilapannya. Jangan bimbang, kejujuran aadalah kata kuncinya. Dalam
situasi ini, ubah keputusan asalkan permainan belum dimulakan semula.
Pemain biasanya menerima kesilapan yang jujur diperbetulkan – Pengadil
hanya mengakui kesilapan pertama itu.
Adalah tidak penting apabila
keputusan mustahil yang dibuat oleh Pengadil adalah salah atau betul
mengikut fakta. Apa yang lebih penting ialah Pengadil telah membuat
keputusan yang jujur – keputusan yang dianggap betul pada detik masa
itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: CERITA PADANG

Post by Park Deen on Fri Oct 28, 2011 11:18 am


Kecergasan Untuk Pengadil

KECERGASAN UNTUK PENGADIL
(terjemahan daripada edaran FAM)

Pergerakan Pengadil
Pergerakan
seseorang pengadil di dalam sesuatu perlawanan bolasepak meliputi
berdiri, berjalan, jogging, berlari pada kederasan perlahan, berlari
pada kederasan sederhana, berlari pantas, berlari pecut, berlari undur
dan bergerak sisi.

Memanaskan Badan Sebelum Latihan/Perlawanan
• Meningkatkan suhu badan secara amnya dengan senaman, berlari atau melompat (5 – 6 minit).
• Senaman regangan (stretching) untuk otot badan dan kaki (10 minit)
• Beberapa senaman pantas untuk keanjalan otot (3 minit)

Menurunkan Suhu Badan Selepas Latihan/Perlawanan
• Senaman regangan untuk mengendurkan otot badan dan kaki (6-7 minit)
• Senaman kompleks untuk meregangkan otot bahagian punggung dan pinggul (5 minit)

Keperluan Minuman
• Air galian (mineral) adalah terbaik
• Minum dengan banyak pada hari sebelum dan selepas perlawanan
• Sejam sebelum perlawanan, minum setiap 15 minit tidak lebih dari 300 ml (3/5 botol mineral)

Sebelum perlawanan, minum air tin yang mengandungi gula tetapi pada
kepekatannya tidak lebih dari 3% (satu sudu the gula pada setiap satu
liter air). Suhu minuman ialah 5 – 10 oC
• Minum seberapa banyak air yang boleh selepas sesuatu perlawanan dan beberapa jam selepas itu.

Gunakan air kencing sebagai petanda keperluan air. Jika air kencing
kekuningan, ini bererti lebih banyak air perlu diminum daripada air
kencing yang jernih.

Ujian Kecergasan Pengadil
Ujian kecergasan yang dijalankan ke atas semua pengadil FIFA dan FA Malaysia ialah:
Ujian Cooper (Larian 12 minit) – jarak minimum 2800 meter.
Lari pecut 50 meter dalam masa 7.5 saat (2 kali)
Lari Pecut 200 meter dalam masa 32 saat (2 kali)
• Untuk lari pecut 50 meter, Sistem tenaga Anaerobik (ATP-PC) digunakan untuk membekalkan tenaga.
• Untuk lari pecut 200 meter, Sistem tenaga ATP-PC dan Glikogen Otot digunakan untuk bekalan tenaga.
• Untuk larian 12 minit, Sistem tenaga Aerobik (Glikogen dan Asid Lemak) membekalkan tenaga.

Program Kecergasan
Sebelum
memulakan program latihan, tahap kecergasan dan keupayaan aerobik diuji
dalam larian 12 minit. Jika keputusan ujian itu rendah iaitu 2400 meter
ke bawah, program latihan hendaklah dimulakan pada tahap “B”. Jika
keputusan larian 12 minit ialah 2650 meter, program latihan boleh
dimulakan pada tahap “A”.

Tahap “B”
Hari Pertama 3 x 10 minit jogging bebas, senama regangan dan senaman otot abdomen dan belakang
Hari Kedua 4 x 10 minit jogging bebas, senaman regangan dan senaman otot abdomen dan belakang
Hari
Ketiga Gabungan larian kederasan perlahan dengan berjalan (di atas
padang berlari 200 meter dalam masa 1 minit dan berjalan 100 meter dalam
masa 1 minit) Ulangkan 15 kali
Hari Keempat 3 x 2000 meter dalam masa 10 minit. Rehat 4 minit sambil berjalan
Hari Kelima 3 x 2000 meter dalam masa kurang dari 10 minit. Rehat 4 minit sambil berjogging


Tahap “A”
Hari 1 3 x 2000 meter dalam masa 9 minit. Rehat 4 minit berjalan
Hari 2 4 x 2000 meter dalam masa 9 minit. Rehat 4 minit berjalan
Hari 3 5 x 1400 meter (1/2 Ujian Cooper) dalam masa 6 minit. Rehat 6 minit sambil berjalan/regangan
Hari 4 5 x 1400 meter (1/2 Ujian Cooper) dalam masa 6 minit. Rehat 6 minit sambil berjalan/regangan
Hari 5 Latihan Pemulihan : 15 x 200 meter dalam masa 1 minit. Berjalan pantas 100 meter (1 minit)
Hari 6 5 x 1400 meter (1/2 Ujian Cooper) dalam masa 6 minit. Rehat 6 minit sambil berjalan/regangan
Hari 7 5 x 1400 meter (1/2 Ujian Cooper) dalam masa 6 minit. Rehat 6 minit sambil berjalan/regangan
Hari 8 REHAT
Hari 9 500 meter (2:10 saat) rehat 4 minit, 1000 meter (4:15 saat) rehat 4 minit,
1500 meter (6:25 saat) rehat 6 minit, 1500 meter (6:25 saat) rehat 6 minit
1000 meter (4:15 saat) rehat 4 minit, 500 meter (2:10 saat) JUMLAH 6 Km
Hari 10 Seperti Hari 9
Hari 11 Latihan Pemulihan : 15 x 200 meter dalam masa 1 minit. Berjalan pantas 100 meter (1 minit)
Hari 12 Set I : 200 m (34 saat) rehat 2 minit, 100 m (17 saat) rehat 2 minit, 300 m (55 saat) rehat 3 minit
200 m (34 saat) rehat 2 minit, 100 m (17 saat) REHAT 5 minit
Set II : 300 m (55 saat) rehat 3 minit, 100 m (17 saat) rehat 2 minit, 300 m (55 saat) rehat 3 minit
200 m (34 saat)) REHAT 5 minit
Set III : 4 x 100 m (17 saat) rehat 2 minit
Hari 13 3 Set : 6 x (70m + 70m) Lari ulang alik di antara dua kawasan penalty dalam masa 30 saat
Rehat di antara ulangan 30 saat ( 1 set = 840 meter)
Rehat di antara set 3 minit. JUMLAH 2520 meter
Hari 14 2 Set : 5 x 200 meter (34 saat) rehat 2 minit. Rehat di antara set 5 minit. JUMLAH 2000 meter.
Hari 15 REHAT
Hari 16 Seperti hari 13
Hari 17 Seperti hari 12
Hari 18 2 Set : 5 x 200 meter (34 saat) rehat 2 minit. Rehat di antara set 5 minit. JUMLAH 2000 meter.
Hari 19 Latihan Pemulihan : 15 x 200 meter dalam masa 1 minit. Berjalan pantas 100 meter (1 minit)
Hari 20 2 Set : 5 x (20 m + 30 m + 50 m) – lari jogging 20 m dan balik 20 m jogging dan ………
Rehat 3 minit. 1 set = 500 meter. Rehat di antara set 5 minit. JUMLAH 1000 meter.
Hari 21 2 Set : Lari pecut pergi dan balik (20m+20m), rehat 45 saat, Lari pecut (30m+30m) rehat 60 saat,
Lari pecut (50m+50m), rehat 90 saat. Rehat di antara set 5 minit. JUMLAH 800 meter.
Hari 22 3 Set : Lari pecut 4 x 50 m, rehat 3 minit. Rehat di antara set 6 minit. JUMLAH 600 meter.
Hari 23 REHAT
Hari 24 Ujian 50 meter, 200 meter dan Ujian Cooper (Larian 12 minit)

Mengekalkan Kecergasan
Jika
anda hanya mempunyai satu perlawanan setiap minggu ( atau mempunyai
masa rehat yang lebih) adalah disyorkan 3 jenis latihan (sejenis setiap
hari).
1. Latihan menjaga kecergasan
Jog 6-10 minit, regangan
untuk kaki & badan (10 minit), senaman abdomen (10 minit). Senaman
untuk mengelakkan sakit belakang (10 minit). Jumlah latihan 40 minit.
2. Latihan mengekalkan keupayaan Aerobik
Warm
up (jog & regangan 15 minit), lari 2000 meter (9 minit), rehat 4
minit berjalan, lari 1500 meter (6:25 saat), rehat 4 minit berjalan,
lari 1000 meter (4:15 saat), rehat 2 minti berjalan. Warm down 10 minit.
JUMLAH 60 minit.
3. Latihan mengekalkan keupayan Anaerobik
Warm
up (jog & regangan 15-20 minit), pecut 50 m (8 saat atau 90%
kelajuan) 7 x 50 m (8 saat) rehat 2 minit. Selepas 50 meter terakhir
rehat 5 minit.
3 x 200 meter (34/35 saat) rehat 5 minit. Warm down & regangan 10 minit. JUMLAH 60 minit.

Diterjemahkan oleh,
Amir Sharifuddin Wong,
Master of Management & Bacelor Physical Education.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum