Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FC Ryukyu membisu

View previous topic View next topic Go down

FC Ryukyu membisu

Post by Park Deen on Fri Aug 31, 2012 10:15 am

FC Ryukyu membisu (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my






TERPILIH atau tidak? Itu persoalan peminat bola sepak tempatan
berhubung masa depan dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Noor (gambar) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Misi kedua-dua pemain tersebut yang sebelum ini menjalani latihan
pemilihan selama 19 hari bersama kelab yang berpangkalan di Okinawa itu
telah pun berakhir pada 28 Julai lalu.

Biarpun dikatakan berjaya memikat hati jurulatih FC Ryukyu, Takeo
Matsuda, masa depan kedua-dua pemain itu masih menimbulkan tanda tanya
apabila belum ada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan kelab tersebut
setakat ini dan ia turut diakui pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya masih belum dimaklumkan oleh
kelab Jepun tersebut sama ada mahu menandatangani kedua-dua pemain
tersebut atau sebaliknya.

"Masih tiada jawapan (daripada FC Ryukyu) sama ada mahu mengambil
kedua-duanya, salah seorang daripada mereka ataupun langsung tidak sama
sekali.

"Jadi, saya harap ia dapat diketahui secepat mungkin dalam tempoh
terdekat, sekali gus membantu saya merencana strategi pasukan dalam
saingan Liga Singapura (Liga S)," katanya kepada Kosmo!.

Sekembalinya bersama skuad Harimau Muda, kedua-dua pemain berusia 21
tahun itu dilihat tidak menunggu lama mempamerkan 'taring' apabila
masing-masing meledak gol ketika membantu Harimau Muda menewaskan Brunei
DPMM 2-1 di Stadium Hassanal Bolkiah dalam saingan Liga S, Ahad lalu.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda berjaya melonjak ke tangga kelima
liga dengan 29 mata, lapan mata di belakang pendahulu liga, Albirex
yang begitupun beraksi lebih dua perlawanan.

Kejayaan meraih tiga mata itu juga menyaksikan kemarau kemenangan
Harimau Muda akhirnya ternoktah selepas tewas 0-1 kepada Albirex Niigata
dan Young Lions dalam dua aksi terakhir sebelum ini.

Dalam pada itu, Wan Zack semasa dihubungi mengakui, fokusnya tidak
terjejas biarpun masih belum dapat mengetahui sama ada terpilih
menyarung jersi FC Ryukyu ataupun tidak.

"Sejujurnya saya gembira dengan pengalaman yang diraih sepanjang
berada di Jepun tetapi jika terpilih sudah tentu ia cukup mengujakan,"
kata Wan Zack.

Malam esok, Harimau Muda akan melayan kunjungan pasukan di tangga ketujuh liga, Armed Forces di Stadium Yishun.

Ia merupakan aksi terakhir anak- anak buah Kim Swee dalam saingan
Liga S sebelum 'berehat seketika' bagi menyertai kejohanan jemputan
Piala SCTV di Indonesia selama dua hari bermula 9 September ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum