Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel

View previous topic View next topic Go down

Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel

Post by Park Deen on Fri Aug 31, 2012 10:12 am

Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel (Kosmo)



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.




DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan
hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini
bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang
ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu
Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa
kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan
kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut
tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat
Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan
dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi
pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak
akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen
Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang
berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd.
Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar,
Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin
Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan
baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang
cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum