Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Menghargai pengorbanan anggota tentera

View previous topic View next topic Go down

Menghargai pengorbanan anggota tentera

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 5:52 am

Menghargai pengorbanan anggota tentera (Kosmo)



Oleh SAKINI MOHD. SAID


SEJARAH mengenai kisah pengorbanan perajurit mampu memupuk semangat patriotisme. - Gambar hiasan




SECARA jujurnya, berapa ramaikah khususnya generasi muda yang
berminat membaca artikel berkaitan dengan kisah dan pengorbanan
perajurit dalam usaha menggapai kemerdekaan negara?

Realitinya, terdapat segelintir pihak memandang sambil lewa artikel
berkenaan kerana merasakan ia sesuatu yang membosankan dan tiada
elemen hiburan.

Biarpun hanya membabitkan komuniti kecil, namun pengorbanan
perajurit harus dihayati oleh semua golongan tanpa mengira tua, muda,
kanak-kanak.

Kalau diimbas, kemeriahan sambutan kemerdekaan tidak sekadar diisi
dengan penceritaan pengorbanan perajurit menerusi medium berita,
rencana, malah pemupukan ke arah peningkatan semangat patriotisme ini
turut diaplikasikan dalam pelbagai kaedah.

Antaranya, menerusi drama genre sejarah dan dokumentari khusus selain program-program sambutan kemerdekaan yang dianjurkan.

Persoalannya, berapa ramaikah antara kita yang menghargai, menjiwai dan menghayati erti sebenar pengorbanan para perajurit?

Nilai patriotisme dalam kalangan golongan muda sering dipertikaikan.
Ada antara mereka yang menganggap hari kemerdekaan tidak lebih
daripada sekadar cuti umum.

Apa yang paling mendukacitakan apabila ada segelintir pihak bukan
sahaja tidak menghargai pengorbanan perajurit sebelum ini bahkan
memandang mereka sebelah mata.

Bagi mereka, peranan tentera hanya perlu disanjung sebelum era
kemerdekaan yakni sebelum tahun 1957. Mereka mengaitkan anggota
pertahanan negara itu dengan keadaan darurat yang berlaku pada waktu
itu.

Hari ini, pelbagai kaum hidup aman. Namun keamanan dan
kesejahteraan ini menjurus kepada satu pemikiran sempit,
mempertikaikan kepentingan kewujudan satu pasukan tentera berkaliber.

Semangat patriotisme

Semuanya berlaku kerana mereka mengambil enteng peranan anggota
tentera di samping tiada minat untuk mengetahui kisah perajurit dan
sejarah negara.



PERISTIWA konfrontasi telah
mencetuskan kekacauan dan pertempuran sehingga membabitkan kehilangan
banyak nyawa termasuk di kalangan tentera Malaysia. - Gambar hiasan




Sejarah dan pengetahuan mengenai kisah pengorbanan perajurit
berperanan memupuk semangat patriotisme dan membuka mata berhubung
peranan anggota tentera.

Namun peranan tentera hari ini dilihat seperti tiada kepentingan,
sekadar beraksi di pembarisan, pameran, ekspo dan pemberian bantuan.

Walhal, keamanan dan keharmonian yang dikecapi hari ini bukan
sekadar hasil daripada tonggak kepimpinan negara bahkan pengorbanan
anggota keselamatan yang berkhidmat tanpa mengira siang atau malam.

Kemerdekaan dan tiada peperangan tidak bererti kita sudah terlepas
daripada ancaman musuh. Hal ini diakui sendiri oleh Ketua Unit
Komunikasi Korporat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
(Perhebat), Mejar Rosli (B) Mohd. Yazid.

“Kita harus ingat kewujudan tentera ini sebagai benteng daripada
ancaman luar. Bukannya apabila mengaitkan tentera, kita mesti berperang.
Lagipun, bukan dasar kita untuk menakluk mana-mana negara lain.

“Kalau kita lihat tentera tidak penting, dengan kedudukan Malaysia
yang strategik ini ada kemungkinan kita akan dijajah sekali lagi. Kita
mesti setanding dengan negara lain dalam aspek pertahanan, demi menjaga
keselamatan negara,” katanya.

Biarpun peranan tentera tidak dilihat secara meluas, hakikatnya
anggota keselamatan ini sama ada darat, laut mahupun udara, mereka
bertanggungjawab menjaga sempadan, melakukan pemantauan dan rondaan bagi
mempertahankan negara daripada diceroboh oleh anasir jahat mahupun
membanteras penyeludupan senjata, manusia.

Dengan adanya langkah kawalan ini, ia bukan sahaja menjanjikan
keamanan dan keharmonian kepada masyarakat sehingga menyebabkan ada
antara mereka memandang sebelah mata peranan komuniti pertahanan ini.
Namun harus diingat tentera antara faktor penyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara dan tarikan pelabur dari luar.

Namun, disebabkan sebahagian besar generasi kini sudah merasai
kenikmatan dunia dan tidak pernah merasai cabaran keperitan sebelum itu,
kebanyakannya lupa kepentingan tentera.

Ditambah pula dengan semangat patriotisme yang kurang menebal, tidak
berminat membaca dan menonton kisah perajurit terdahulu, menyebabkan
peranan tentera hari ini dilihat tidak penting. Senario ini boleh
melukakan perasaan dalam kalangan perajurit yang masih hidup dan
berjuang demi kemerdekaan negara.

Rosli berkhidmat sebagai Ketua Platun Rejimen Renjer Diraja Tentera
Darat Malaysia semasa terlibat dalam operasi menentang komunis pada
tahun 1974.

Terlibat dalam operasi penentangan komunis merupakan satu detik
yang sukar dilupakan dalam mempertahankan kemerdekaan negara.

Jerangkap samar

Memimpin 35 anggota dalam satu platun, saat paling menyedihkan ialah
ketika beliau melihat kesengsaraan rakan angkara jerangkap samar.



SEORANG pekerja bengkel kereta,
Saruddin Salleh, 30, bersemangat memasang Jalur Gemilang di halaman
rumah sewanya di Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah. - Gambar hiasan




“Ketika saya menyertai operasi menentang komunis pada tahun 1974,
pada masa itu cuaca sangat panas dan perkara paling sukar apabila
terkena jerangkap samar, kerana akan ada semangat anggota yang jatuh.

“Ditambah pula, melihat bagaimana kawan-kawan terkena jerangkap
samar, ada yang mati, buta dan cacat anggota badan memang sedih.
Apabila melihat generasi muda memandang remeh kemerdekaan, saya terasa
sangat.

“Rasa diri dan pengorbanan selama ini diperlekehkan,” katanya yang bersara awal pada tahun 1994.

Kekecewaan ini turut dikongsi bersama Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Perhebat, Mejar (B) Rosdin Mohammad.

Pernah berkhidmat menentang komunis pada tahun 1983 sehingga setahun
sebelum komunis menyerah diri pada tahun 1989, bagi Rosdin ia merupakan
satu pengalaman manis yang dapat meningkatkan lagi semangat
patriotismenya.

Ketika berkhidmat sebagai pemerhati tentera di bawah panji
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Perang Bosnia, kesan
peperangan itu menjurus beliau untuk lebih menghargai dan mempertahankan
keamanan serta kesejahteraan yang dikecapi.

“Kita perlu menghargai usaha datuk, nenek, moyang mendapatkan
kemerdekaan daripada penjajahan. Saya sudah melihat bagaimana derita dan
sengsaranya mangsa perang.

“Biarpun kita sudah merdeka, tetapi kedaulatan negara harus dijaga
supaya kejadian seperti Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963 tidak akan
berulang,” katanya. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah meninggal
hanya semata-mata untuk menghadiahkan keamanan kepada kita?

Tidak timbulkah perasaan bersalah, kalau tidak pun hargailah peranan
tentera kerana tanpa mereka tidak mustahil sejarah hitam seperti
Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963 kembali menyengat. – Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum