Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Semangat merdeka menerusi seni

View previous topic View next topic Go down

Semangat merdeka menerusi seni

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 5:44 am

Semangat merdeka menerusi seni (Kosmo)



Oleh HARYATI KARIM



HAIRIE OTHMAN (kanan) dalam satu babak filem Leftenan Adnan.




RAKYAT Malaysia masih disulam dengan suasana hari raya Aidilfitri,
namun begitu sambutan kemerdekaan yang jatuh 31 Ogos setiap tahun tetap
diraikan.

Selepas halwa telinga tegar dengan lagu-lagu raya, kini lagu-lagu
patriotik pula mengambil tempat di corong radio. Meskipun saban tahun
banyak lagu patriotik dicipta khas untuk sambutan kemerdekaan, namun
hanya ada sebuah lagu yang berjaya membangkitkan rasa dan membuai
perasaan sebaik lagu itu diputarkan.

Lagu yang dimaksudkan sudah pasti ialah 31 Ogos ciptaan Ahmad CB dan didendangkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Tidak hanya menerusi lagu, karya seni menerusi drama dan juga filem
juga berjaya membangkitkan semangat cintakan negara. Antara filem
patriotik sering yang ditayangkan pada bulan kemerdekaan termasuklah
Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan 1957: Hati Malaya.

Karya seni pilihan pada

bulan kemerdekaan

1 Lagu: 31 Ogos

Ciptaan: Ahmad CB

Dendangan: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad

Trivia: Allahyarham muncul dengan album patriotik penuh berjudul
Abadi pada tahun 1982 dan beliau juga cukup popular dengan fesyen baju
bendera ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik.

2 Lagu: Saya Anak Malaysia

Ciptaan: Dr. Sam/ S. Amin Sahab

Dendangan: Dr. Sam

Trivia: Walaupun lagu dendangan Dr. Sam ini agak rancak dan liriknya
agak lucu namun, masih berpijak pada realiti kehidupan masyarakat di
Malaysia. Semangat cintakan negara dan bangga menjadi anak Malaysia
disemai di dalam lagu itu yang secara tidak langsung membuatkan lagu
Saya Anak Malaysia relevan didengar sehingga kini.

3 Lagu: Bahtera Merdeka

Ciptaan: Kassim Masdor

Dendangan: Allahyarham Datuk Ahmad Jais

Trivia: Lagu patriotik yang cukup mendayu-dayu ini sangat popular
kerana liriknya yang meruntun hati. Lagu Bahtera Merdeka ini bertambah
popular apabila dinyanyikan semula oleh penyanyi wanita, Aishah.



SUDIRMAN merupakan antara artis Malaysia yang mempunyai sifat patriotik yang mendalam dalam dirinya.




4 Filem: Bukit Kepong (1981)

Arahan: Tan Sri Jins Shamsuddin.

Pelakon: Tan Sri Jins Shamsuddin, A. Rahim, Allahyarham Hussein Abu
Hassan, Datuk Yusof Haslam, Dali Abdullah, Samsudin Baslah, JA Halim,
Hisham Ihsan, Mohd Noor Bon dan Harun Ibrahim.

Trivia: Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis
terhadap Balai Polis Bukit Kepong digarap berdasarkan sejarah sebenar
tragedi berdarah pada 23 Februari 1950. Sebahagian besar pelakon dalam
filem yang menelan perbelanjaan RM1.3 juta ini terdiri daripada penduduk
Bukit Kepong sendiri.

5 Filem: 1957: Hati Malaya (2007)

Arahan: Datuk Suhaimi Baba

Pelakon: Maya Karin, Rusdi Ramli, Datuk Mustapha Maarof, Datuk
Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Ida Nerina, Nanu Baharuddin,
Zaefrul Nordin, Kavita Sidhu, Sharifah Amani dan Kamarulzaman Taib.

Trivia: Filem yang diterbitkan oleh produksi Pesona Pictures dengan
kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan peruntukan
RM3.6 juta itu bagaimanapun hanya meraih kutipan sebanyak RM480,000
ketika ditayangkan di pawagam.

6 Filem: Leftenan Adnan (2000)

Arahan: Aziz M. Osman

Pelakon: Hairie Othman, Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein,
Rusdi Ramli, Shhaharuddin Thamby, Wahid, Zul Yahya, Sherie Merlis dan
Rambo Chin.

Trivia: Filem yang mengambil latar belakang Perang Dunia Kedua itu
diterbitkan produksi Grand Brillance Sdn. Bhd. dan mendapat kerjasama
daripada Kementerian Pertahanan. Filem yang memenangi banyak anugerah
itu menelan kos sebanyak RM1.50 juta dan mula ditayangkan pada

31 Ogos 2000.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum