Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya tak dicemuh - Norish Karman

View previous topic View next topic Go down

Saya tak dicemuh - Norish Karman

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:43 am

Saya tak dicemuh - Norish Karman (Kosmo)

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

NORISH sedang mendukung Muhammad Haq
Luftie Alexander di samping tiga anaknya yang lain (dari kiri), Nur
Hanyz Amanda, Muhd. Haqiem Armany dan Muhd. Hardy Amieran (depan).

SELEPAS berdiam diri selama lebih kurang setahun, Norish Karman kini
telah berani berkongsi kegembiraannya dengan media berkaitan anak
keempatnya, Muhammad Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan tanggal 24
September 2011 biarpun pada hakikatnya dia masih mengunci rapi persoalan
siapa bapa kepada anak kecilnya itu.

Sebelum ini, Norish menjadi mangsa gosip liar pihak yang mendakwa dia
mempunyai anak luar nikah sedangkan dia tidak pernah mengeluarkan
kenyataan tentang hal tersebut.

Bagi pelakon berusia 38 tahun itu, hidupnya kini bahagia bersama
Muhammad Haq serta tiga lagi anaknya hasil perkahwinannya terdahulu
iaitu, Muhd. Haqiem Armany, 13, Muhd. Hardy Amieran, 9, dan Nur Hanyz
Amanda, 8.

Walaupun baru-baru ini dia telah memperkenalkan Muhammad Haq buat
tatapan umum, Norish melahirkan kesyukuran dan mengakui dirinya berasa
bertuah kerana tidak terus dicemuh malah dihargai oleh peminatnya.

Ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri program Wanita Hari
Ini di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor semalam, Norish berkongsi
kebahagiaan bersama anak-anaknya itu.

Kosmo!: Setelah membuat pengakuan bahawa Muhammad Haq merupakan anak
keempat Norish baru-baru ini, apakah impaknya terhadap kehidupan anda?

NK: Tiada apa-apa normal sahaja, selepas umum mengetahui Muhammad Haq
anak saya, sokongan peminat kepada saya masih kuat. Kalau tidak percaya
tengok Facebook saya, peminat beri sokongan dan kata-kata perangsang.
Apabila saya keluar (rumah) semua orang sayang dan peluk saya, setakat
ini tidak ada kata-kata cemuhan semua macam biasa sahaja.

Kenapa Norish tutup mulut sebelum ini tentang Muhammad Haq?

Ini bukan soal tutup mulut atau buka mulut, sebenarnya saya bercadang
akan menjemput semua orang dan memperkenalkan Muhammad Haq ketika
sambutan hari jadinya yang pertama tetapi sebelum itu sudah ada pelbagai
cerita yang mendahului rancangan saya.

Adakah Norish tabah menghadapi segala kontroversi ini?

Saya tiada masalah dan tidak kesal perkara ini didedahkan sebelum
rancangan saya untuk memperkenalkan anak saya ketika sambutan hari
jadinya bulan depan.

SERIUS. Norish Norish Karman
dikerumuni wartawan ketika membuat kemunculan pada majlis rumah terbuka
Wanita Hari Ini di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
semalam.

Adakah Norish kesal perancangan untuk memperkenalkan Muhammad Haq
pada bulan depan tidak menjadi tetapi sebaliknya muncul gosip liar di
laman blog?

Alhamdulillah saya gembira kerana Tuhan telah membuat jalan ini untuk
saya, saya terima. Kalau pelan A tidak berjaya saya teruskan sahaja
pelan B kerana kita tidak boleh berpatah balik kepada pelan A.

Adakah Norish bercadang untuk menyaman pihak yang membuat gosip liar
termasuk yang menceritakan perkara tidak elok mengenai kehadiran anak
baharu ini?

Tidak mahu saman, buat apa nak saman orang yang tiada duit, baik
saman orang kaya. Bagi saya apa yang berlaku itu adalah dugaan, dia
tidak tahu apa yang saya rasa dan hidup dalam dunia ini pun bukannya
lama. Saya tidak takut kepada manusia.

Bagaimana dengan kehadiran Muhammad Haq dalam hidup Norish sekeluarga?

Dia anak yang mengagumkan dan terbaik dalam dunia, tidak pernah
menyusahkan hidup saya, sebaliknya menggembirakan keluarga termasuk ibu
bapa saya. Semua orang sayangkan dia termasuk ramai yang hendak
menjadikan dia anak angkat sehingga nak ‘angkat’ dengan harga berjuta
pun ada tetapi saya tidak terima, dia anak saya dunia akhirat.

Bagaimana dengan karier seni Norish sekarang ini?

Saya masih berlakon dan menyanyi. Mungkin saya akan sibuk
mempromosikan album nanti, di samping itu saya juga sibuk menjadi pakar
motivasi di universiti dan syarikat korporat termasuk menyambung
pelajaran peringkat ijazah di sebuah universiti.
(Kosmo)

avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum