Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Elfira mahu terbang tinggi

View previous topic View next topic Go down

Elfira mahu terbang tinggi

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:40 am

Elfira mahu terbang tinggi (Kosmo)









MERAIH populariti dan mempunyai pendapatan sendiri dalam usia yang
masih mudah bukanlah tiket untuk tiga pelakon remaja yang juga
adik-beradik Elfira, 18, Ezlisa, 16, dan Ezzrin Loy, 15, hidup berbeza
daripada remaja seusia mereka.

Sebaliknya anak-anak kepada Filzah Yusoff, 47, yang telah 14 tahun
bergelar ibu tunggal itu masih menjalani kehidupan remaja normal cuma
jadual waktu mereka sangat ketat dan harus disusun sebaik mungkin supaya
tidak bertembung dengan jadual persekolahan.

"Kami pergi sekolah, kelas tuisyen, kena buat kerja sekolah dan
keluar dengan kawan-kawan macam orang lain juga tidak ada bezanya.

"Kami juga kena marah kalau buat salah, tidak ada yang istimewa hanya
kerana bergelar pelakon pada usia yang muda. Malah, ibu hanya beri
belanja sekolah RM3 sehari walaupun kami ada pendapatan sendiri," balas
Elfira yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

Elfira yang sedang menuntut di peringkat diploma di Kolej Damansara
Utama dalam pengkhususan kesenian hiburan memberitahu pelajaran tetap
diutamakan meskipun kerjayanya semakin stabil.

"Saya bukanlah jenis orang yang suka merancang sebaliknya hanya ikut
rentak keadaan. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk sambung
belajar tetapi niat itu muncul seiring dengan peluang yang datang secara
kebetulan.

"Jadual saya semakin padat bila sambung belajar tetapi saya bukanlah
jenis ulat buku dan akan ambil cuti daripada lakonan untuk ulang kaji
pelajaran menjelang minggu peperiksaan sahaja," tutur Elfira dalam tawa
yang juga duta produk Maybeline.

Tegas pelakon telefilem popular Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu,
meskipun jadual hariannya dipantau ibunya yang merangkap pengurus
peribadinya, segala keputusan berhubung kerjaya ibunya tidak pernah
masuk campur.

"Ibu tidak pernah menghalang atau mengawal saya dalam bidang lakonan.
Segala keputusan berhubung pemilihan watak diserahkan bulat-bulat
kepada saya.



ADIK-BERADIK seni. (Dari kiri), Elfira, Ezzrin dan Ezlisa tetap menjalani rutin kehidupan seharian seperti remaja lain.




"Ibu cuma pesan jaga perangai dan jangan abaikan pelajaran walaupun
sibuk berlakon, harus pandai bahagikan masa. Setakat hari ini
Alhamdulillah, nama saya masih bersih.

"Rasanya tidak ada apa cerita panas tentang saya yang boleh ditulis
sebab saya bukannya jenis keluar malam. Rutin harian saya, bangun pagi
pergi kuliah, pergi ke set penggambaran dan balik rumah, semuanya
ditemani ibu sebab saya tidak boleh memandu," kata Elfira sambil
dipersetujui oleh ibunya.

Ezlisa mahu buka restoran

Elfira dan dua adiknya mengaku selain minat, mereka terlibat dalam bidang lakonan kerana pulangan yang cukup lumayan.

Bagaimanapun, ibunya langsung tidak memaksa mereka bertiga untuk
bekerja sebaliknya keinginan untuk berlakon terbit daripada hati mereka
sendiri.

"Berlakon memang dapat kumpul duit, terpulang kepada seseorang
pelakon itu menguruskan kewangan mereka. Macam saya mempunyai simpanan
sendiri dan wang kegunaan harian dipantau ibu supaya saya tidak terlebih
belanja.

"Namun, jika ada barang berjenama mewah yang saya diingini, saya akan
beli tetapi tidak banyak. Bagi saya barang jenama mewah perlu untuk
tingkatkan nilai komersial seseorang terutamanya kerjaya saya sebagai
aktres.

"Bukan untuk bermegah-megah tetapi memiliki barangan mewah meletakkan
saya pada suatu standard yang tersendiri, apa salahnya memuaskan hati
sedikit daripada hasil titik peluh sendiri, cuma beli barang yang perlu
sahaja," kata Elfira bersungguh-sungguh.

Adik Elfira, Ezlisa pula berkata, dia lebih suka pergi ke sekolah dan
kelas tuisyen daripada berada di set penggambaran kerana minatnya lebih
terarah kepada bidang masakan daripada lakonan.



GELAGAT lucu tiga adik-beradik keluarga Loy.




"Cita-cita saya untuk menjadi seorang tukang masak dan membuka
restoran sendiri suatu hari nanti, malah, selepas tamat sekolah saya
merancang untuk memasuki sekolah kulinari.

"Lakonan tempat untuk saya mencari duit, sebenarnya antara kami
bertiga saya yang paling tidak aktif berlakon. Saya hanya berlakon jika
saya mahu membeli sesuatu seperti telefon bimbit atau pakaian," kata
Ezlisa yang mengambil jurusan sains tulen di sekolah.

Ezzrin berdikari

Anak bongsu keluarga seni, Ezzrin Loy mula berlakon sejak berusia sembilan tahun dalam teater Ali Baba bersama kakaknya Elfira.

Sungguhpun semakin popular, namun Ezzrin yang cukup manja dengan
ibunya berkata perjalanan kehidupannya masih panjang, oleh itu dia
sendiri tidak tahu tentang masa depannya sendiri.

"Saya belum memutuskan untuk terus terlibat dalam lakonan atau terlibat dalam bidang lain apabila dewasa kelak.

"Buat masa ini saya hanya mengikut perjalanan yang telah diaturkan.
Saya suka berlakon kerana boleh beli barangan yang saya ingin tanpa
minta duit ibu atau kakak, tetapi selalunya kakak akan marah jika saya
beli barang yang bukan-bukan," ujar Ezzrin yang sehingga kini sudah
membeli empat buah motosikal.

Tutur ibu mereka, dalam tiga orang anak itu, anak bongsunya paling
berdikari. Ibunya juga jarang-jarang menemani Ezzrin di lokasi
penggambaran berbanding dua anak perempuannya itu.

"Adik (panggilan untuk Ezzrin) campak di mana pun dia boleh hidup
sebab itu saya tidak risau sangat. Cuma sebagai ibu saya tetap kawal
jadual hariannya," kata ibunya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum