Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Berbatov berlepas ke Itali

View previous topic View next topic Go down

Berbatov berlepas ke Itali

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:30 am

Berbatov berlepas ke Itali (Kosmo)





BERBATOV (tengah) hanya menunggu masa untuk melengkapkan perpindahan ke Fiorentina.




SOFIA - Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov dilaporkan
telah berlepas ke Itali bagi melengkapkan perpin- dahannya bersama
Fiorentina semalam.

Menurut sumber dalaman Fiorentina, kelab Itali itu telah mencapai persetujuan bagi menandatangani kontrak bersama Berbatov.

"Fiorentina telah bersetuju dengan syarat-syarat kontrak bersama Berbatov.

"Fiorentina akan mengumumkan mengenai perkara tersebut dalam tempoh terdekat ini.

"Majlis menandatangani kontrak akan diadakan sebaik Berbatov lulus ujian kesi- hatan," kata sumber tersebut.

Berbatov yang merupakan pemain termahal United selepas dibeli
daripada Tottenham Hotspur pada 2008 dengan yuran perpindahan bernilai
£30.75 (RM152 juta) telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama dua
tahun bersama Fiorentina.

Penyerang berusia 31 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam
saingan Liga Perdana England bagi musim 2010/2011 dengan 20 gol.

Namun, sehingga kini dia masih bergelut bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama United.

Pengurus United, Alex Ferguson telah memberi pelepasan kepada
Berbatov untuk mencari kelab baharu selepas beliau membawa masuk
penyerang Belanda, Robin van Persie ke Old Trafford.

Jika segala-galanyanya berjalan lancar, Berbatov akan menjadi pemain
Bulgaria keempat yang beraksi dalam saingan Serie A selepas Nikolay
Iliev, Hristo Stoichkov, Valeri Bojinov menyarung jersi Fiorentina pada
musim 2005 hingga 2007. - Reuters
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum